KERAGUAN PADA ASPEK KEBERSIHAN ROTI GARDENIA DAN KAITANNYA DENGAN PENGGUNAAN LOGO HALAL
Penarikan balik dibuat selepas kajian Hab Halal JAKIM di Cyberjaya mendapati beberapa aspek kebersihan yang menimbulkan keraguan sebelum ini, sudah terjawab.Sumber JAKIM berkata, sepanjang Januari hingga pertengahan Julai lalu, syarikat pengeluar roti Gardenia di sini yang menjalankan perniagaan itu secara francais dari syarikat induk di Shah Alam, diarah menutup logo halal pada bungkusan roti kerana permohonan mereka untuk memperbaharui penggunaan logo itu mempunyai keraguan.
Syarikat yang berpejabat di Inanam itu mengemukakan permohonan untuk memperbaharui penggunaan logo halal dikeluarkan JAKIM hujung tahun lalu.
Berikutan itu, pihak Gardenia menghantar sampel ke Hab Halal JAKIM di Cyberjaya. JAKIM melalui kerjasama Jabatan Makmal dan Jabatan Kesihatan menemui beberapa keraguan berhubung aspek kebersihan ketika itu, tetapi tiada gelatin babi ditemui.
Berikutan itu, JAKIM mengarahkan syarikat menutup logo halal sejak Januari lalu.
Hanya pertengahan Julai lalu, Hab Halal JAKIM selesai membuat penyelidikan dan mengeluarkan surat menyatakan syarikat itu boleh menggunakan semua logo halal.
sumber maklumat : http://bharian.com.my/
No comments:
Post a Comment