Friday, 30 November 2012

ASSIGNMENT APK FULL


PENGENALAN PERNIAGAAN

            Syarikat Intelligent Quranic Consultant merupakan sebuah syarikat yang berkonsepkan Islamic Education atau lebih dikenali dengan singkatan IQC.Ia telah ditubuhkan pada awal tahun 2012. Asas utama penubuhan syarikat ialah di atas kesedaran pemilik syarikat untuk menyahut seruan pihak kerajaan yang menggalakkan golongan bumiputra untuk menceburi bidang perniagaan kerana ianya dapat meningkatkan peratusan penglibatan kaum bumiputra dalam bidang ini.

Disamping itu, matlamat penubuhan syarikat ini adalah atas dasar untuk bersama terlibat didalam pembangunan serta inovasi sistem pengurusan dan pembangunan pengurusan tenaga manusia serta peningkatan prasarana sistem pendidikan negara agar benar-benar bertaraf dunia.

Dalam mencapai matlamat ini, syarikat kami menyediakan pelbagai produk perkhidmatan dan dalam meningkatkan tahap kemahiran serta kecekapan para pelajar serta pelanggan kami dengan menyediakan ustaz dan ustazah yang mahir dalam bidang al-Quran dan agama serta beberapa orang guru pakar serta perunding motivasi.  Selain itu juga, mereka juga berpengalaman mengendalikan Program, Klinik atau Bengkel dan Seminar Peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau di peringkat negeri.

Pihak kami menyediakan perkhidmatan kepada pihak sekolah khususnya sekolah rendah dan menengah melalui program bagi membantu para pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan khususnya dalam UPSR, PMR dan SPM.  Pada masa ini syarikat juga berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak peluang untuk memberikan perkhidmatan motivasi dan pendidikan. Syarikat juga amat berkeyakinan dan positif dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, terkini dan cemerlang demi kepuasan dan keselesaan para pelanggan syarikat yang dihargai.

            Pelanggan adalah nadi perniagaan. Tanpa pelanggan, tiadalah perniagaan. Intelligent Quranic Consultant mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik pelanggan. Kebiasaan sesebuah syarikat ternama menggunakan teknik pengiklanan yang berkesan sebagai langkah untuk memberikan impak kepada kepercayaan pelanggan terhadap syarikat. Namun, teknik pengiklanan yang kami gunakan adalah unik di mana pengunaaan media sosial ditekankan.

Diantaranya kami merekacipta sebuah blog yang percuma dan menjimatkan kos iaitu www.musliminmuslimatsmpi.blogspot.com. Dalam blog ini kami sertakan senarai perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah mengajar mengaji al-quran bertajwid, penggunaan IQRA sebagai asas pengajian, asas bahasa arab dan sebagainya yang akan diterangkan dalam penerangan seterusnya nanti. Istimewanya blog ini adalah trafiknya tinggi dengan adanya backlink, laman web sosial seperti facebook dan twitter dan chatbox.

            Poster juga turut memainkan komunikasi penting untuk menyampaikan maklumat dan informasi yang sedia ada terhadap tarikan pelanggan. Sehubungan dengan itu, kami menyediakan sebuah poster yang menarik berbentuk islamik dan amat sesuai dengan tema syarikat yang islamik. Dalam poster ini kami mendedahkan berkenaan program-program yang kami tawarkan kepada orang ramai.  

Dalam poster yang disediakan, kami meletakkan gambar seorang kanak-kanak yang memegang al-Quran dan penggunaan tulisan yang besar di samping penggunaan tema warna yang menarik iaitu latar belakang merah dan hijau sebagai warna utama yang berfungsi menonjolkan perkhidmatan yang kami tawarkan sekaligus mengubah minat pelanggan kepada tawaran yang disediakan dalam iklan tersebut berbanding iklan-iklan lain yang kebanyakannya tidak menekankan konsep ‘attracting force’ di dalamnya.

Tidak cukup dengan membuat poster, cara lain yang kami gunakan untuk memperbanyakkan medium pengiklanan adalah dengan menyiarkan iklan melalui corong-corong radio, televisyen surat khabar, kad bisnes dan iklan majalah. Namun, apa yang difokuskan adalah penyiaran iklan melalui radio di mana kami meletakkan iklan kami dalam IKIM.FM yang merupakan radio berbentuk islamik yang mempunyai ribuan pendengar sepanjang masa. Teknik ini merupakan teknik yang paling berkesan dan efektif di samping memberikan testimoni pelanggan terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan. Testimoni adalah penting kerana secara psikologinya, manusia tidak suka menyertai sesuatu secara bersendirian. Testimoni menunjukkan bahawa ada orang lain telah mencuba perkhidmatan yang kami tawarkan dan telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini secara tidak langsung meramaikan lagi pelanggan.

            Selepas berjaya mendapatkan pelanggan, kami tidak membiarkan mereka pergi begitu sahaja. Kami menyediakan kupon diskaun kepada pelanggan yang setia mendapatkan perkhidmatan pengajian al-quran yang kami sediakan sebagai salah satu langkah untuk mendapatkan pelanggan yang setia dan terus mengguankan perkhidmatan kami. Dengan adanya kupon diskaun ini, pelanggan yang datang berulang kali pasti akan datang lagi untuk mendapatkan khidmat pengajian yang lain di mana keuntungan yang diperolehi secara berulang.

            Jaminan merupakan satu kaedah meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi pelanggan.  Oleh itu, memberi jaminan ialah salah satu cara yang dilakukan oleh syarikat kami untuk menambahkan daya tarikan pelanggan. Di antara jaminan yang ditawarkan  oleh kami ialah memastikan pelajar dapat memahami sepenuhnya setiap modul yang disediakan di samping dapat mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.  Justeru itu, ibu bapa tidak perlu lagi merasa khuatir  akan perkembangan anak-anak sepanjang metodologi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Begitu juga kami sentiasa memantau perkembangan para pelajar selepas tamat pengajian agar anak-anak tersebut tidak mengabaikan pelajaran yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian.

Syarikat kami menawarkan beberapa modul dan pakej-pakej yang menarik kepada semua peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Istimewanya syarikat kami di mana tenaga pengajarnya mempunyai pengalaman yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama. Tenaga pengajar kami bukan sahaja mempunyai kelulusan yang tinggi dalama bidang yang diceburi, bahkan mempunyai tauliah daripada jabatan agama negeri bagi memberikan keyakinan kepada pelanggan supaya tidak salah memilih guru untuk menuntut ilmu agama.

            Yuran yang dikenakan kepada pelanggan adalah sangat berpatutan dan komprehensif iaitu secara menyeluruh, bukan hanya terhad kepada satu-satu topik atau bab sahaja. Ini memudahkan kepada pelanggan membuat bayaran kepada syarikat bagi tujuan pentadbiran dan juga saguhati kepada pakar-pakar yang memberikan ilmu kepada pelajar. Melalui bayaran serendah RM60 sebulan, pelajar dapat menikmati keseluruhan pengajian dan modul-modul yang disediakan oleh kami. Pelajar juga diberi bonus motivasi secara percuma oleh pakar motivasi selepas daripada pengajian dan juga waktu-waktu tertentu seperti cuti sekolah dan sebagainya.

            Kami turut menyediakan pengangkutan dari rumah ke pusat pengajian kami bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan juga beberapa cawangan kami yang lain. Sebuah bas dan juga van menjadi aset kami bagi kegunaan alat pengangkutan dan tujuan pembelajaran. Ini bagi memudahkan pelajar yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk datang ke tempat pengajian kami. Ini merupakan salah satu kelebihan yang terdapat pada syarikat kami berbanding syarikat lain.

            Di akhir pengajian, pelajar turut diberikan sijil tamat pengajian sebagai tanda penghargaan dan anugerah pelajar cemerlang kepada pelajar yang aktif dan cemerlang dalam semua modul. Modul ini termasuklah mengenal asas huruf-huruf hijaiyyah, belajar melalui IQRA (IQRA 1 hingga IQRA 6), belajar asas tulisan jawi dan khat termasuklah khat nasakh, riq’ah, thuluth, diwani, diwani jali, kufi dan farsi, mengenal hukum-hukum tajwid di dalam al-Quran dan belajar asas Bahasa Arab.
 Kami turut melakukan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi di mana pelajar-pelajar yang lulus dalam kesemua matapelajaran dan modul ini akan dihantar ke universiti dalam negara seperti Universiti Malaya dan luar negara seperti Al-Azhar Mesir dan lain-lain bagi memperolehi pengijazahan daripada universiti tersebut.


RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan berorientasikan pendidikan, syarikat kami iaitu Intelligent Quranic Consultant (IQC) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak yang berkaitan bagi menjayakan pentadbiran syarikat yang telah ditubuhkan ini. Antara pihak yang menjadi rakan perniagaan kami ialah :
       I.           - Kedai-kedai Buku
    II.            -Pegawai Masjid Al-Rahman
 III.            -Guru Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.
 IV.            -Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM
    V.            -JAKIM

KEDAI-KEDAI BUKU

“Key partners” yang paling utama ialah kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam. Di samping mengadakan kelas kemahiran Al-quran, IQC ( Intelligent Quranic Consultant)  juga menjalankan aktiviti jualan ataupun sebagai perantaraan untuk pelanggan mendapatkan buku yang diidami oleh mereka secara pesanan dalam talian. IQC akan menempah atau mencari buku-buku khususnya buku-buku agama yang ditempah oleh pelanggan dan diserahkan dengan secepat yang mungkin. Oleh itu,untuk mendapatkan buku-buku dengan segera dan pantas,IQC akan berhubung terus dengan beberapa kedai buku yang terpilih. Kebanyakan kedai buku yang diambil adalah sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam. Kedai-kedai ini dipilih kerana koleksi yang dimiliki mereka sentiasa diperbaharui. Ini akan memudahkan pembelian di samping IQC mendapat potongan harga yang berpatutan di atas setiap pembelian.

Di antara kedai yang menjadi menjadi pilihan IQC ialah:

1.MPH Bookstore
         Kedai buku MPH dipilih sebagai yang utama kerana tempatnya yang terletak di     Midvilley akan memudahkan pengurusan kami untuk mendapatkan buku yang dipesan ataupun bahan yang diperlukan bagi perkhidmatan IQC.

2. Kedai Buku Marwillis
Terletak di tingkat bawah berdekatan dengan Bank Muamalat dan Tabung Haji di PKNS Shah Alam. Menjual buku-buku agama,majalah-majalah Islami,komik-komik Islami,kaset dan vcd.


3.SABA Islamic Media
Berada di tingkat 1 (Pentas Utama Komplek PKNS) .Selalu mengambil bahagian dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Jika mempunyai kad SABA Islamic Media boleh mendapat diskaun 10 %.


2. MASJID AL-RAHMAN
Masjid al-Rahman pula dikatakan “Key Partners” kerana pihak kami akan berurusan dengan pengurusan masjid tersebut untuk menggunakan masjid pada hujung minggu sebagai tempat pengajian sekiranya pelanggan kami mahu dilakukan secara berkumpulan ataupun jika beliau tidak mahu melakukan pengajian di rumahnya. Masjid Al-Rahman ini dipilih kerana kedudukannya yang hanya berada di kawasan UM  malah memudahkan  ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka . Di samping itu,ibu bapa akan merasa keselamatan anak mereka lebih terjamin di bawah pengawasan kami. pihak kami juga tidak perlu menyediakan bahan pengajaran kerana Al-Quran telah banyak tersedia di masjid. Suasana di masjid juga amatlah sesuai untuk mengadakan kelas kemahiran Al-Quran.  Maka,sekiranya dapat menggunakan masjid ini,ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos bagi menyewa tempat untuk melakukan pengajian. Walaubagaimanapun, kami turut menyewa satu tempat sebagai tempat yang tetap untuk memudahkan pengurusan program.

3 . GURU SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
Ini juga penting buat perkhidmatan yang kami jalankan kerana IQC juga menjalankan perkhidmatan kelas tambahan akademik secara peribadi kepada kanak-kanak sekolah selain dari kelas kemahiran al-Quran. Oleh itu,kami akan sentiasa berhubung dengan pihak sekolah ataupun guru sekolah rendah atau menengah yang berdekatan untuk mendapatkan sukatan pelajaran yang terkini. Di samping itu,kami juga akan memohon kertas peperiksaan yang lepas misalnya UPSR,PMR atau SPM. Ini perlu untuk kami menjalankan pengajaran yang tepat berdasarkan sukatan pelajaran yang di ajar di sekolah.

4. PENSYARAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM (UM)
Perhubungan dengan pensyarah terutama di Akademi Pengajian Islam juga perlu kerana mereka ialah pihak yang berautoriti dalam bidang pendidikan dan pakar dalam sesuatu bidang misalnya al-Quran. Oleh itu,kami akan menjadikan mereka sebagai tempat rujukan yang penting dalam menyediakan diri dalam penglibatan untuk mengajar kemahiran Al-Quran mahupun fardhu ain.

5. JAKIM
JAKIM iaitu (Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia) pula untuk kami mendapatkan kelulusan sekiranya inginkan pengesahan sijil khatam al-quran. Ini akan membuatkan perkhidmatan yang kami jalankan mendapat pengiktirafan yang sebenar dari pihak yang berwajib. Sememangnya pihak kami iaitu IQC menyediakan sijil-sijil kepada para pelajar yang menyertai program dan melanggan perkhidmatan yang kami sediakan.

AKTIVITI UTAMA

                                i.            Kelas kemahiran Al-Quran
                              ii.            Bengkel kecemerlangan
                            iii.            Kelas tambahan akademik
                            iv.            Perunding motivasi
                              v.            Perkhidmatan pesanan/penghantaran buku-buku agama

1.      KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN

Kelas kemahiran al-Quran adalah fokus utama bagi perkhidmatan IQC.
Kemahiran akan diajar mengikut tahap penguasaan pelajar-pelajar. Bagi pelajar sekolah rendah,kami akan lebih menekankan kepada asas-asas dalam al-Quaran misalnya untuk mengenal huruf,cara menyebut huruf dengan betul,dan penguasaan surah-surah lazim atau muqaddam. Manakala bagi peringkat sekolah menengah,kami lebih menekankan kepada pembacaan dengan penggunaan tajwid yang betul. Namun ianya juga bergantung kepada pelajar tersebut,sekiranya penguasaan terhadap pembacaan lemah,maka pihak pengajar akan mengajar semula dari asas kemahiran membaca.


2.      BENGKEL KECEMERLANGAN AKADEMIK

Bengkel ini lebih menumpukan kepada pelajar semasa musim peperiksaan. Sekiranya permintaan pelajar yang ingin menghadiri melebihi dari 10 pelajar,maka kami akan memanggil guru yang bertauliah untuk memberikan tunjuk ajar yang berkesan kepada pelajar ataupun pihak kami yang akan menjalankannya. Antara matapelajaran yang kami tumpukan ialah Syariah Islamiah,Pendidikan Islam,Tasawurr Islam dan Arab Komunikasi. Bagi program ini, pihak IQC menjalankan program di luar daripada tempat kebiasaan seperti kawasan yang mempunyai tempat rekreasi supaya para peserta dapat mengikuti program dengan suasana yang lebih tenang.

3.      KELAS  TAMBAHAN  AKADEMIK

Kelas tambahan yang ditawarkan oleh syarikat kami adalah berasaskan pelajaran akademik. Terdapat dua pembahagian bagi kelas tambahan akademik yang kami tawarkan iaitu kelas tambahan secara kelas dan juga secara individu. Kelas secara individu ialah dengan cara kaedah 1 guru 1 pelajar. Kaedah ini diwujudkan  kerana ingin memberikan penumpuan yang penuh kepada seorang pelajar. Pelajaran akademik ini merangkumi semua matapelajaran yang diajarkan di sekolah seperti pendidikan islam, pendidikan syariah islam, sejarah, matematik, sains dan geografi.
Kelas ini boleh dilakukan di rumah pelajar ataupun di tempat yang telah ditetapkan.

4.      PERUNDING MOTIVASI

Bagi perkhidmatan perunding motivasi,  tujuan perkhidmatan ini ditawarkan adalah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan yang sudah bekerja. Hal ini berbeza dengan para pelajar yang bermasalah kerana mereka boleh berjumpa terus dengan guru kaunseling untuk meminta motivasi dan pandangan. Oleh itu, melalui perkhidmatan ini golongan bekerjaya menemui tempat yang tepat untuk meringankan masalah yang dihadapi. Kami melantik perunding-perunding motivasi yang berkelayakan dan pakar dalam bidang ini iaitu terdiri daripada guru kaunseling sekolah dan juga pakar motivasi bebas.
*sekadar hiasan.



5.      PERKHIDMATAN PESANAN BUKU-BUKU AGAMA

Bagi pelanggan yang tidak mahu bersusah payah untuk mendapatkan buku yang di ingini mereka,kami menyediakan perkhidmatan bagi pelanggan yang mahu memesan kepada kami buku yang di cari mereka secara dalam talian. Namun kami lebih menumpukan kepada buku-buku agama sahaja. Segala pesanan akan diselesaikan dengan cepat dalam masa yang ditetapkan.


SEGMEN PELANGGAN

Sesungguhnya Intelligent Quranic Consultant (IQC) merupakan  sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan dalam pendidikan. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan seperti Kelas Kemahiran Al-Quran, Bengkel Kecemerlangan, Perunding motivasi dan Kelas tambahan Akademik dengan yuran yang berpatutan kepada pelanggan serta tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah disamping mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang mereka masing-masing.

Oleh kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan berdasarkan pendidikan,maka sasaran pelanggan yang disasarkan adalah pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah atau golongan remaja. Remaja bermaksud, dalam Bahasa Inggeris, “adolescence” berasal daripada perkataan Latin “adolescere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang” (Rogers,1981). Bagi peringkat permulaan ini Syarikat kami tidak menawarkan perkhidmatan kepada pelajar IPTA/IPTS. Walau bagaimanapun syarikat kami bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan kepada pelajar-pelajar university pada masa akan datang.

Peringkat remaja merupakan suatu proses membesar untuk menjadi individu matang serta mempunyai sikap yang positif dalam pergaulan masyarakat pada peringkat dewasa. Manakala bagi golongan kanak-kanak, mereka akan memasuki tahap remaja pada usia 13 tahun. Seterusnya, remaja pula akan melangkah ke alam dewasa dalam lingkungan umur 21 tahun. Ini bermakna, seseorang itu  akan berada di alam remaja selama lebih kurang tujuh tahun. Pada peringkat inilah remaja akan melalui pelbagai perubahan sama ada dari sudut mental, fizikal, emosi, dan personaliti. Pembentukan personaliti remaja merupakan hasil dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran. Faktor-faktor genetik datangnya daripada ibu bapa yang melahirkan remaja tersebut. Manakala faktor-faktor persekitaran terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, pendidikan agama dan gaya hidup mereka. Dengan faktor-faktor inilah menentukan sama ada mereka menjadi individu yang berguna kepada masyarakat ataupun sebaliknya.
Dalam setiap kehidupan kanak-kanak mahupun remaja,mereka ini tidak mungkin terlepas daripada proses pendidikan disamping membesar dengan baik. Proses belajar adalah sesuatu yang amat penting bagi mereka kerana ia bermula daripada keadaan yang tidak tahu atau jahil. Oleh yang demikian,untuk menjadi tahu mereka mesti belajar. Belajar bukan sahaja hanya tahu membaca dan menulis sahaja.  Membaca dalam erti kata yang luas ialah menjadi tahu dan pengetahuan itu menjadi pedoman dalam memahami diri sendiri dan orang lain. Baik haiwan mahupun manusia semuanya mempelajari sesuatu untuk tahu sama ada ia didorong oleh naluri atau akal fikirnya.

Remaja yang tidak pergi ke sekolah, pengetahuan dan pengalaman hanya terbatas dalam lingkungan persekitarannya. Remaja yang bersekolah bukan sahaja tahu menulis, membaca, berfikir dan mengira tetapi ada pengetahuan dan ilmu yang dijadikan sumber hidup mengenal dunia dengan segala kerenahnya. Ia suatu fitrah kerana remaja perlu berfikir untuk mengetahui sesuatu. Tanpa kemahiran menulis dan membaca remaja akan menjadi buta huruf dan tanpa memahami ilmu, remaja akan hilang kepintaran dalam berfikir. Ilmu yang baik dan bermanfaat yang dipelajari remaja memberi kebaikan kepada hidup remaja begitu juga sebaliknya. Belajar adalah cara terbaik bagaimana pengetahuan diperoleh. Pada awal umur anak-anak belajar daripada ibubapa mereka. Manakala di sekolah remaja pula belajar dengan guru-guru mereka. Menerusi proses belajar, remaja dipimpin dan dibimbing supaya menerima ilmu, kemahiran dan pengalaman dengan baik. Maka dari situlah  menjadikan remaja mampu berfikir dan dapat membezakan yang baik dengan yang buruk untuk kehidupan mereka yang semakin hari semakin mencabar.

Intelligent Quranic Consultant juga ditubuhkan bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah sosial yang sangat meruncing dalam kalangan remaja-remaja atau pelajar-pelajar sekolah sejak akhir-akhir ini. Banyak sekali kita mendengar melalui media sama ada media elektronik mahupun media cetak memaparkan berita-berita yang kurang sedap didengar berkenaan masalah sosial remaja yang semakin berluasa dan sukar dibendung. Remaja merupakan aset negara. Jika baik remaja pada hari ini maka baiklah negara pada masa akan datang tetapi jika buruk remaja,maka sebaliknya akan berlaku. Ini yang kita mahu bendung bersama-sama. Semua pihak harus bertanggungjawab dengan memainkan peranan masing-masing dalam hal ini sama ada ibubapa, kerajaan, media, guru dan masyarakat keseluruhannya. Jadi, langkah yang diambil oleh syarikat kami adalah tepat walaupun usaha ini tidaklah begitu besar tetapi dengan usaha yang sedikit ini diharapkan berterusan bagi menampung usaha-usaha dari pihak lain yang lebih besar.

Syarikat Intelligent Quranic Consultant telah menyediakan Kelas Kemahiran Al-Quran kepada pelajar Islam. Melalui didikan agama dapat membentuk peribadi seseorang. Bukan sahaja agama Islam bahkan semua agama mengajar penganutnya ke arah kebaikan. Maka dengan didikan agama ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah dalam kalangan remaja. Didalam agama Islam Kitab Al-Quran merupakan panduan hidup. Jadi wajib kepada umat Islam untuk mempelajarinya.  Fenomena yang berlaku hari ini berbeza dengan apa yang sepatutnya. Generasi hari ini lebih mengagungkan perkara lain berbanding Al-Quran. Hal ini dapat dilihat apabila kebanyakan masyarakat hari ini lebih memandang penting perkara-perkara yang menjurus ke arah keduniaan. Jelas sekali apabila ibubapa pada hari ini lebih menekankan anak-anak supaya berjaya dalam pendidikan sekular yang berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Malahan generasi dewasa juga hanya memandang remeh tentang pembelajaran Al-Quran apabila banyak daripada pelajar-pelajar hari ini cuma cemerlang dalam bidang pendidikan namun kurang fasih dalam pembacaan Al-Quran dah lebih teruk lagi apabila masyarakat pada hari ini hanya membaca Al-Quran tanpa mengenal dan memahami isi kandungan yang terdapat didalamnya. Apa yang pasti juga, Al-Quran semakin dipinggirkan oleh masayarakat kita. Baik kaum muda mahupun warga tua. Membacanya pula kini hanya mengikut musim, tidak lagi dianggap amalan yang perlu dilakukan pada setiap hari. Walaupun ada yang membaca, hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Belajar secara ala kadar  sahaja, yang mana membaca Al-Quran dengan buta hukum. Terdapat juga segelintir yang beranggapan bahawa asalkan membaca ianya sudah memadai. Sedangkan membaca Al-Quran dengan betul hukum dan disiplinnya adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam. Tersilap menyebut satu hurufnya saja sudah boleh mengubah makna satu-satu ayat tersebut.

Sebenarnya pendidikan Islam telah terdapat dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah. Walau bagaimanapun, apa yang pelajar belajar di sekolah adalah tidak begitu menyeluruh. Ini dapat dibuktikan melalui tindakan  penambahbaikan didalam kurikulum sekolah yang mana KBSR telah ditukar kepada KSSR.  Kelas Kemahiran Al-Quran ini merupakan alternatif kepada ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka mahir dalam ilmu kemahiran Al-Quran. Kurikulum sekolah hanya menekankan perkara asas iaitu membaca Al-Quran dengan betul,tetapi syarikat kami menyediakan perkhidmatan yang lebih daripada itu seperti Tajwid, Fashohah, Tarannum, Qiraat, serta Tafsir Al-Quran sekaligus menarik minat remaja untuk mendalami dan memertabatkan Al-Quran.

Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan Kelas Tambahan Akademik kepada semua pelajar samada Melayu, Cina dan India. Ia dapat menarik minat remaja untuk meningkatkan lagi ilmu mereka dan yang paling penting adalah mengelakkan remaja daripada terlibat dengan aktiviti luar yang kurang sihat. Dengan menghadiri kelas tambahan kami, para pelajar dapat mempersiapkan diri mereka ke arah peperiksaan. Hal ini demikian kerana mereka mendapat bimbingan intensif bagi setiap mata pelajaran daripada guru-guru tuisyen yang pakar dalm bisang masing-masing. Tenaga pengajar dapat memberikan tumpuan yang lebih dan mengukuhkan pemahaman para pelajar kerana bilangan pelajar di dalam kelas tuisyen adalah kecil. Oleh itu, guru tuisyen mudah untuk menyelesaikan masalah dan kekaburan yang dihadapi oleh pelajar.

Pelajar-pelajar yang menghadiri kelas tuisyen juga berpeluang untuk menambahkan kenalan baru. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelajar di dalam kelas tuisyen datang dari sekolah yang berlainan. Perkara ini membolehkan seseorang pelajar berkenalan dengan lebih banyak pelajar dan seterusnya mewujudkan komunikasi sihat dalam kalangan pelajar. Mereka bertemu, berbincang dan berkongsi maklumat tentang pelbagai perkara. Keadaan ini sudah tentu dapat menambah pengetahuan para pelajar di samping mewujudkan persaingan sihat dan perpaduan antara pelajar dan seterusnya mengurangkan masalah sosial pelajar. Kami juga menyediakan kelengkapan-kelengkapan yang cukup dan tersusun untuk keselesaan pelajar-pelajar kami. Keselesaan para pelajar  amat kami  titik beratkan. Disamping itu juga,jadual yang kami susun juga fleksibal dan tidak menyusahkan para pelajar disamping tidak menganggu masa belajar di sekolah.

            Selain itu,kami menyediakan Bengkel Kecemerlangan kepada pelajar yang beminat terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Bengkel ini dapat menarik penyertaan remaja kerana bengkel ini akan menerangkan kepada para pelajar berkenaan teknik-teknik menjawab soalan, bentuk-bentuk soalan peperiksaan yang sebenar serta skema pemarkahan yang betul. Penceramah juga adalah bukan calang-calang orang, mereka terdiri daripada guru-guru yang membuat soalan dan guru-guru yang menanda jawapan dan memberi pemarkahan kepada calon nanti. Ia juga dapat memberi motivasi kepada pelajar. Manakala dari segi yuran pula adalah berpatutan dengan kemampuan ibubapa, dengan kos sara hidup di bandar ia adalah tidak membebankan.

Selain itu, syarikat kami juga meluaskan lagi lapangan perniagaan kami dengan menyediakan perkhidmatan perunding motivasi. Sasaran pelanggan kami adalah golongan yang bekerjaya termasuk ibu bapa bagi para pelajar yang menyertai program yang kami sediakan. Tujuan perkhidmatan ini ditawarkan adalah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan yang sudah bekerja. Hal ini berbeza dengan para pelajar yang bermasalah kerana mereka boleh berjumpa terus dengan guru kaunseling untuk meminta motivasi dan pandangan. Oleh itu, melalui perkhidmatan ini golongan bekerjaya menemui tempat yang tepat untuk meringankan masalah yang dihadapi.

    Berdasarkan apa yang syarikat kami tawarkan,sudah memadai bagi menarik perhatian ibu bapa dan pelajar-pelajar dari sekolah rendah dan menengah untuk melanggan perkhidmatan yang kami sediakan ini. Kami juga yakin dapat bersaing dengan syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan dalam pendidikan.


PERHUBUNGAN PELANGGAN 

Intelligent Quranic Consultant (IQC) merupakan sebuah syarikat yang menawarkan beberapa perkhidmatan  yang sesuai kepada anak-anak pada masa kini. Justeru itu, pihak kami menawarkan berbagai-bagai jenis perkhidmatan seperti kelas kemahiran al-Quran,bengkel kecermerlangan, perunding motivasi dan  kelas tambahan akademik.

            Pelanggan boleh kami anggapkan sebagai raja,kerana kami ingin mengambil kepercayaan mereka terhadap kami. Ada istilah yang menyatakan bahawa ‘customer is always right’ dimana maksudnya iaitu ‘pelangan adalah sentiasa betul’didalam bahasa Malaysia. Walaupun kadang-kadang istilah ini adakalanya tidak sesuai kerana ada juga pelanggan yang bersikap kasar, tetapi bagi memastikan perniagaan berjalan dengan baik,kami perlulah bersikap baik dengan pelanggan. Sungguhpun begitu,kami masih mempunyai hak dengan pelanggan. Sebagai contohnya kami boleh menetapkan syarat-syarat ketika berurusan. Dengan cara ini kami boleh mengambil tindakan sekiranya berlaku perlanggaran syarat yang ditetapkan. Satu perkara yang patut diketahui  iaitu “pelanggan itu bukan pembeli tetapi pembeli itu adalah pelanggan”.maksudnya setiap pelawat yang mengunjungi laman web  kami merupakan pengunjung tetapi belum tentu mereka berminat dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Manakala mereka yang membeli adalah pelanggan.

Lalu bagaimana membina hubungan yang kuat dengan pelanggan? Ada enam cara yang diyakini akan dapat memperkuat hubungan dengan pelanggan. Tentu saja cara ini harus disesuaikan dengan keadaan yang ada. Namun, setidaknya prinsip kerja cara tersebut dapat menjadi insipirasi dalam usaha membina hubungan dengan pelanggan. Enam cara itu adalah:

           Pertamanya ialah dengan mengajak pelanggan untuk berbicara santai dengan minum kopi atau makan tengah hari di luar. Cara ini bertujuan untuk membuat suatu kesempatan lain di luar waktu rasmi untuk berkomunikasi yang diharapkan kami akan dapat mengenal peribadi pelanggan lebih jauh dan demikian pula sebaliknya, memberikan kesempatan lain kepada pelanggan untuk mengenal lebih jauh mengenai peribadi kami. Saling mengenal lebih rapat akan memupuk kepercayaan yang lebih tinggi. Kepercayaan adalah kunci dalam membina hubungan dengan pelanggan. Dengan cara ini juga kami dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pelanggan dengan pihak kami bagi memahami erti kehidupan yang sebenar. Melalui cara ini ia kelihatan ringkas, tetapi impak yang besar menanti di kemudian hari jikalau kami selalu amalkan perkara begini dalam kehidupan seharian kami dengan pelanggan. Sekiranya berkelapangan, kami akan berhubung dengan pelanggan-pelanggan sehingga ke tahap peribadi (personal level). Orang selalunya akan berurusan menerusi orang yang mereka kenali dan percayai. Sentiasa bersikap mesra dan “membantu” apabila ada pelanggan yang datang ke premis atau website perniagaan kami. Ianya tidaklah begitu sukar, kadangkala, hanya dengan senyuman dan bertanya khabar sahaja sudah mampu memberikan pelanggan tersebut sebuah pengalaman yang mengembirakan dan menyenangkan.
Seterusnya, mengirimkan artikel yang menarik kepada pelanggan mungkin berguna bagi pelanggan. Cara saling memberi informasi seperti ini adalah cara yang baik dalam usaha menjaga “keep in touch” dengan pelanggan. Ramai masyarakat hari ini membaca saat sedang dalam perjalanan atau saat santai lain, lalu ketika mendapatkan artikel yang baik, maka artikel tersebut disampaikan kepada pelanggan. Dengan artikel ini juga kami dapat memberi kepuasan kepada pelangan,mungkin dengan cara ini pelanggan akan merasakan diri mereka dihargai dan diambil cakna oleh pengurusan syarikat ,contohnya syarikat kami ini menyediakan  perkhidmatan tenaga pengajar untuk mengajar al-Quran kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.lalu, pihak kami akan menghantar artikel berkaitan dengan al-Quran kepada ibubapa.

Cara yang lain ialah dengan mengucapkan selamat atau tahniah kepada pelanggan ketika mendapat berita yang baik tentang pelanggan. Boleh juga dengan mengirimkan karangan bunga ucapan selamat atas suatu acara yang diadakan oleh pelanggan.Misalnya saat pelanggan sedang dinaikkan pangkat dalam jabatannya. Namun ketika mendapat berita yang tidak baik tentang pelanggan, sebaiknya berusaha agar membantunya sesuai dengan keahlian dan pengalaman yang ada.

Cara keempat pula ialah dengan menawarkan kepada pelanggan suatu kesempatan untuk mendapatkan perkhidmatan atau layanan baru secara percuma dan tawarkan mereka insentif pada perkhidmatan lain yang sering mereka gunakan. Cara ini dapat dilakukan sebagai menghargai kesetiaan pelanggan melanggan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Selain itu, selalu “sedia” saat diperlukan pelanggan juga satu aspek yang penting. Layanan yang baik kepada pelanggan harus menjadi prioriti utama dalam hal menjaga hubungan yang kuat. Di saat bila-bila pun diperlukan, kita harus bersedia. Dalam keadaan yang tidak sedia, setidaknya tetap berkomunikasi, sambil menunggu keadaan sedia untuk membantu pelanggan. Kaedah ini lebih tertumpu kepada perkhidmatan perunding motivasi yang kami sediakan.

Cara terakhir ialah ketika tidak dapat membantu pelanggan, arahkan pelanggan kepada seseorang yang mampu membantu dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Cara ini akan tetap mengingatkan pelanggan atas bantuan yang telah diberikan kepadanya. Oleh sebab itu, kita sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan agar pelanggan kita senang dan selesa dengan apa yang kita lakukan dalam perkhidmatan.

            Selain keenam-enam cara tersebut, cuba berikan penekanan kepada usaha-usaha menghubungi semula pelanggan dan prospek kami. Ini adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk kami membina hubungan dengan pelanggan kami. Jika kami sebagai pemilik kedai, kami tidak biarkan pelanggan keluar dari premis kami tanpa meninggalkan sebarang nombor untuk menghubungi mereka. Proses follow up ini boleh dilakukan dengan menghantarkan kad, mesej ataupun menelefon mereka. Hubungan baik yang terjalin bukan sahaja menjadikan pelanggan tersebut setia kepada kami, malah akan turut membuatkan mereka berasa gembira memperkenalkan perniagaan perkhidmatan kami kepada rakan-rakan mereka.
Membina hubungan dengan pelanggan adalah bermakna melayan mereka dengan rasa hormat yang tinggi. Kami Sentiasa memberikan perkhidmatan serta produk yang terbaik kepada prospek serta pelangan kami dan mereka akan menjadi pelanggan kepada perniagaan kami untuk seumur hidup mereka.
Akhir sekali, dalam mengekalkan perhubungan dengan pelanggan, dari semasa ke semasa, kami cuba mendapatkan maklumbalas dari pelanggan mengenai perniagaan kami. Hanya perlu tanya sahaja mereka, apakah pendapat mereka mengenai produk atau perkhidmatan kami, dan apa yang menyebabkan mereka gemar berurusan dan mendapatkan khidmat kami. Selalunya, pelanggan gemar untuk berkongsikan masalah yang mereka hadapi dan gemar untuk memberikan cadangan. Jadi, kami  mendengar jawapan mereka dengan penuh perhatian dan teliti. Ini akan banyak membantu kami untuk meningkatkan lagi mutu produk dan perkhidmatan kami di samping membina hubungan yang sangat baik bersama pelanggan, kerana mereka merasakan kami amat benar-benar menghargai mereka (kerana sudi mendengar pendapat mereka).


MEDIA PEMASARAN

IQC memilih untuk memasar dan mempromosikan perkhidmatan kami melalui jaringan internet sepenuhnya kerana banyak kelebihan dan faktor-faktor positif yang telah dikaji. Antaranya ialah internet membolehkan kami melakukan promosi perniagaan kepada beribu-ribu orang tanpa kos yang mahal berbanding akhbar, televisyen, radio, majalah dan sebagainya. Internet membolehkan kami memberi sebanyak maklumat yang mungkin dalam pelbagai format kepada pelanggan dan bakal pelanggan seperti gambar, teks, video, bunyi dan animasi berbanding dengan media cetak, pada kos yang rendah dan sering kali percuma seperti Facebook, Youtube dan blog ini.

Selain itu,  sasaran pelanggan akan mengambil perhatian, kerana mereka yang memilih untuk membaca, melihat, mendapatkan maklumat daripada kami. Perniagaan online yang kecil boleh bersaing dengan perniagaan besar secara offline. Keduanya kini bersaing pada tahap yang sama. Perniagaan online milik satu orang boleh bersaing dengan syarikat yang memiliki berpuluh-puluh atau beratus-ratus pekerja. Kami boleh mendapat sasaran yang paling tepat oleh kerana di internet terdapat komuniti-komuniti daripada pelbagai industri. Perniagaan internet adalah fleksibel, iaitu boleh dijalankan dimana sahaja pada bila-bila masa, asalkan mempunyai hubungan internet. Tambahan pula kini penggunaan telefon bimbit pun sudah boleh untuk menguruskan perniagaan. Menurut kajian, perniagaan secara internet membolehkan sesebuah syarikat mendapatkan pelanggan dari serata dunia pada kos yang terlalu rendah. Dan yang paling memberi kesan adalah perniagaan secara internet boleh dijalankan dari rumah bersama keluarga sendiri.

Terdapat beberapa cara yang kami gunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan kami di internet. Ada yang mudah dilakukan dan ada juga yang agak rumit untuk dijalankan namun ia merupakan cabaran yang perlu kami hadapi.

(1) Promosi Melalui Email

Perkara pertama yang kami lakukan ialah mewujudkan sebuah laman web "opt-in" atau "landing page" yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan email mereka di laman web tersebut. Selepas pelawat tersebut meninggalkan nama dan email mereka, kami memulakan pemasaran produk atau servis dengan menghantar email kepada mereka. Walaubagaimanapun, penghantaran email ini bukan dilakukan secara manual tetapi dengan menggunakan perisian yang dinamakan ‘autoresponder’. Autoresponder ini boleh menghantar mesej kepada ratusan dan ribuan email pada satu-satu masa dan inilah cara kami lakukan untuk promosi melalui email.


Terdapat  2 servis autoresponder yang kami sediakan kepada para pelanggan iaitu:
1) Aweber - 
http://www.iqc.com/aweber
2) Getresponse - 
http://www.iqc.com/getresponse

Antara langkah-langkah yang kami lakukan adalah kami memasukkan beberapa mesej untuk dijadikan email di dalam autoresponder kami supaya setiap kali pelawat laman web kami berikan nama dan email mereka, mereka akan mendapat email ini secara automatik dan berterusan dari kami. Kami membina laman "opt-in" dan langgan autoresponder. Kemudian, memasukkan minimum 7 mesej untuk kami jadikan email untuk dihantar kepada prospek kami. Kami menambah lebih banyak mesej dari masa ke semasa. Kemudian, kami mempromosikan laman "opt-in" atau "landing page" ini dengan menggunakan kaedah promosi lain.

(2) Promosi Melalui Artikel (Cara 1)

Artikel merupakan bahan penting di dalam pemasaran internet. Tapi banyak orang tidak tahu topik apa yang nak dibincangkan untuk membuat sesuatu artikel. Apa yang kami lakukan adalah kami menulis artikel untuk mempromosi landing page kami.Sebelum itu kami merujuk beberapa website sebelum kami mula menulis.  Kaedah yang kami lakukan adalah kami menulis satu  artikel dan kadang-kadang kami mencari sesiapa yang boleh menulis artikel untuk niche kami. Kemudian kami sebarkan artikel ini ke seberapa banyak laman web lain yang kami temui. Selain itu kami juga menyebarkan artikel kami ke direktori artikel seperti 
ezinearticles.com, articlecity.com atau searchwarp.com.


(3) Promosi Melalui Artikel (Cara 2)

Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya sudah mencukupi untuk menyebarkan artikel beberapa direktori artikel yang ternama tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ianya lebih baik jika menyebarkan kepada beratus-ratus direktori artikel di internet. Tapi kami di IQC percaya kami perlu ambil risiko ini untuk memasarkan perkhidmatan kami. Oleh itu kami menggunakan artikel yang kami tulis untuk sebarkan ke 1000 laman web lain. Sekiranya bajet kami tidak mencukupi, kami menggunakan beberapa ‘article directory’ utama yang kami ada. Apa yang kami sentiasa pastikan adalah untuk  tidak menghabiskan banyak masa dengan melakukan manual submission. Seterusnya kami juga bertindak menyebarkan artikel kami ke ‘article directory’ setiap kali kami mempunyai artikel baru yang ditulis.

(4) Promosi Melalui Komen Blog

Disebabkan terdapat pelbagai blog di dalam pelbagai pasaran, adalah mudah untuk kami melakukan promosi sebegini. Tambahan lagi, sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan pembaca-pembaca ini merupakan sasaran terbaik untuk perkhidmatan yang kami promosikan.Walaubagaimanapun, kami cuba sebaik mungkin mengelakkan daripada dilabel sebagai 'blog spammer' dengan terus beriklan melalui komen blog kami secara terang-terangan. Atau dengan kata lain kami melakukannya dengan cara yang berhemah. Kami menjadikan kebiasaan kami untuk meninggalkan komen di blog berkaitan dengan niche syarikat kami disamping tidak menghabiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog dan setiap komen. Kami menggunakan strategi 1-minit untuk baca paparan blog, 1-minit untuk tinggalkan komen kami. Kami juga mencari 10 blog berkaitan niche kami dan tinggalkan 10 komen di blog setiap hari.

(5) PROMOSI MELALUI YOUTUBE

Banyak cara digunakan untuk kami memasarkan produk kami di Youtube.
Antara langkah-langkah yang kami ambil melalui kaedah ini adalah:

1. Kami menggunakan video yang sedia ada bagi menjimatkan masa dan kos.
2. Kami daftarkan akaun Youtube dengan nama yang ada keyword kepada niche kami.
3. Kemudian, kami letakkan tajuk video yang ada keyword sasaran kami.
4. Kami letakkan link ke landing page kami di bahagian description (bersama http:// )
5. Seterusnya kami letakkan keyword sasaran kami di dalam ‘tags’.
6. Akhir sekali, kami masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche kami di dalam bahagian deskripsi.


6) PROMOSI  MELALUI  FACEBOOK

Hampir separuh penduduk Malaysia mempunyai akaun Facebook. 


Facebook atau muka buku adalah rangkaian media sosial yang paling pantas berkembang pada masa kini dan dianggarkan hampir separuh daripada pengguna Internet dunia mempunyai akaun Facebook. Setiap hari beribu-ribu pengguna baru mendaftarkan diri untuk menggunakannya. Pada saat artikel ini ditulis, terdapat 12, 268, 300 penduduk Malaysia yang mempunyai akaun Facebook iaitu hampir separuh daripada jumlah penduduk dan nombor itu juga mewakili 70 peratus daripada populasi dalam talian Malaysia.

Fakta-fakta itu menyokong mengapa Facebook menjadi laman web nombor satu paling banyak dilayari di Malaysia dan juga kebanyakan negara lain. Jika dibandingkan dengan medium lain seperti akhbar, majalah, radio dan televisyen, facebook mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam menghubungkan terus pelanggan kepada perniagaan kami kerana sifatnya sebagai ruang untuk bersosial.
Selain itu, manusia secara semulajadinya memang memerlukan kehidupan sosial tetapi kesibukan harian untuk bekerja dan mencari rezeki telah membataskan keperluan itu, tetapi apabila Facebook muncul, ia bagai mengisi kekosongan dalam jiwa mereka.

Justeru, kami di IQC menyahut seruan dan peluang yang ada ini. Kami menggunakan kaedah promosi melalui page dan juga menggunakan profil-profil ahli jawatankuasa syarikat untuk mempromosikan perkhidmatan. Kami juga menyertai ‘group-group’ yang berautoriti seperti JAKIM, IKIM dan sebagainya bagi membantu mempromosikan syarikat kami. Setiap hari akan ada update tentang sesuatu yang baru daripada IQC dan proses ini akan sentiasa diurus dan dipantau di bawah ahli jawatankuasa penerangan kami. Promosi melalui kaedah poster dan gambar-gambar yang menarik juga kami gunakan dan di update dalam status syarikat dan ahli-ahli jawatankuasa yang ada. Setakat ini kami mendapat respon dan komen yang amat positif tentang promosi dan perkembangan syarikat kami sehingga mendapat tempahan yang banyak melalui facebook.


ALIRAN PENDAPATAN IQC

JENIS
HARGA
(RM)
KEKERAPAN
(PER BULAN)
KUANTITI
(ORANG)
HASIL
(RM)
KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN
30
4
50
6000
BENGKEL KECEMERLANGAN
100
1
100
10000
KELAS TAMBAHAN AKADEMIK
30
4
100
12000
PERUNDING MOTIVASI
200
1
10
2000

LAIN-LAIN
JENIS
HARGA UNTUNG PER BUKU (RM)
KUANTITI
HASIL
JUALAN BUKU
2
500
1000


JUMLAH HASIL                                    = HARGA x KUANTITI
JUMLAH ALIRAN PENDAPATAN  = RM3100
PERATUS ALIRAN PENDAPATAN


Berdasarkan carta pai yang ditunjukkan, aliran pendapatan yang diperolehi oleh Intelligent Quranic Consultant (IQC) jelas ditunjukkan melalui perkhidmatan yang kami sediakan iaitu kelas kemahiran al-Quran, bengkel kecemerlangan, kelas tambahan akademik dan perunding motivasi.

            Kelas kemahiran al-Quran menyumbangkan pendapatan sebanyak RM6000  iaitu bersamaan 20% daripada jumlah keseluruhan pada setiap bulan. Manakala, bengkel kecemerlangan pula menunjukkan jumlah pendapatan kedua tertinggi bagi semua perkhidmatan yang kami sediakan iaitu 33.33% atau RM10000 bagi jumlah bulanan.

Seterusnya, jumlah pendapatan bulanan yang tertinggi antara perkhidmatan yang ditawarkan  ditunjukkan oleh kelas tambahan akademik iaitu RM12000 bersamaan 40% daripada jumlah keseluruhan bulanan yang berjumlah RM30000. Perkhidmatan perunding motivasi pula mencatatkan hasil sebanyak RM2000 untuk setiap bulan iaitu bersamaan 6.45%. Akhir sekali, daripada jualan buku yang merupakan perkhidmatan tambahan syarikat kami, hasil yang diperoleh ialah RM1000 atau 3.23% daripada jumlah keseluruhan pada setiap bulan.

Secara keseluruhannya, syarikat IQC berjaya memperoleh aliran pendapatan bulanan sebanyak RM31000 melalui pelbagai perkhidmatan yang disediakan.

PERINCIAN TENTANG HASIL YANG DIPEROLEH    

            Intelligent Quranic Consultant (IQC) menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan yang menjurus kepada pendidikan agama atau al-Quran. Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan IQC iaitu kelas kemahiran al-quran, bengkel kecemerlangan, kelas tambahan akademik, kelas tajwid intensif dan perunding motivasi.

             Harga yang ditetapkan adalah berpatutan dengan keadaan pendapatan masyarakat umum yang berpendapatan sederhana. Para ibu bapa mampu untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti program-program yang dirangka. Selain itu, pendaftaran yang disediakan juga adalah praktikal iaitu mengikut keselesaan pelanggan sama ada secara manual ataupun menggunakan teknologi terkini seperti alam maya (online).

            Bagi kelas kemahiran al-Quran, harga yang ditetapkan adalah RM30 bagi setiap sesi. Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi ialah dua jam dan diadakan satu sesi bagi setiap minggu. Jumlah pelanggan atau pelajar yang disasarkan akan mengikuti kelas kemahiran al-Quran adalah seramai lima puluh orang dan dianggarkan jumlah hasil yang diperolehi ialah RM1500.

            Seterusnya untuk bengkel kecemerlangan pula, bengkel diadakan sebulan sekali di suatu tempat yang berbeza daripada suasana pembelajaran biasa dan diadakan selama tiga hari dua malam. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk memastikan para pelajar yang mengikuti program dapat memberi perhatian yang khusus selama program diadakan berbanding kelas biasa. Bayaran yang ditetapkan bagi setiap bengkel yang dijalankan ialah RM100 untuk setiap pelajar. Jumlah pelajar yang disasarkan untuk mengikuti bengkel ini ialah seratus orang dan hasil yang bakal diperoleh dijangka RM10000.
           
            Perkhidmatan lain yang turut disediakan ialah perkhidmatan perunding motivasi. Perunding motivasi dilantik daripada pakar-pakar motivasi yang terdiri daripada guru-guru kaunseling sekolah. Bayaran yang ditetapkan bagi tiga sesi perjumpaan dengan perunding motivasi ialah RM200.

PENYATA KOS

KOS TETAP (SETIAP BULAN)
ITEM
KOS (RM)

SEWA PREMIS
500

PERALATAN
500

PEKERJA(5 ORANG)
10000

BIL ELEKTRIK
200

JUMLAH KOS TETAP
11200


KOS YANG BERUBAH

ITEM
HARGA
KUANTITI
KOS(RM)
PEKERJA TAMBAHAN
1000
4
4000
PERALATAN / BAHAN
50
10
500
JUMLAH KOS YANG BERUBAH (RM)
4500

JUMLAH KOS KESELURUHAN      
 = JUMLAH KOS TETAP + JUMLAH KOS BERUBAH
= RM11200 + RM4500
= RM15700
                                   
KEUNTUNGAN :
JUMLAH ALIRAN PENDAPATAN  - JUMLAH KESELURUHAN KOS
= RM31000 – RM15700
= RM15300

KESIMPULAN PENDAPATAN

Berdasarkan kepada aliran pendapatan yang diperoleh dan jumlah kos keseluruhan yang digunakan, syarikat Intelligent Quranic Consultant (IQC) Berjaya memperoleh keuntungan dalam anggaran sebanyak RM15300 pada setiap bulan. Walaubagaimanapun, keuntungan boleh berubah bergantung kepada jumlah pelanggan dan kos yang berubah pada setiap bulan.

            Pihak IQC akan berusaha untuk memastikan jumlah keuntungan bulanan syarikat sentiasa bertambah dengan menambahkan promosi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan agar mereka akan setia untuk terus melanggan perkhidmatan yang kami tawarkan.