APA YANG SAYA BELAJAR?
- Banyak benda yang sy pelajari ketika berada dalam kelas miss Elaine. Tidak lain tidak bukan sudah semestinyalah bab keusahawanan. Saya belajar bahawa untuk menjadi usahawan yang berjaya bukannya segampang memetik jari tapi memerlukan usaha yang jitu. Contoh saya mendapat tugasan untuk menjadi supplier. Bukan mudah untuk memborong barang kepada client kerana dalam perniagaan terlalu banyak saingan. Hal ini, saya belajar untuk melatih diri supaya lebih banyak bersabar dan yang paling penting ada plan lain. Untuk menjadi peniaga atau pun usahawan, kita perlu ada banyak rancangan untuk melariskan barang niagaan. Selain itu, saya juga belajar cara untuk berintraksi dengan masyarakat kerana untuk menjadi peniaga interaksi dengan pelaggan itu sangat penting..:)
APA PERASAAN SAYA?
- Pada mulanya saya rasa agak putus asa ketika diberi tugasan untuk menjadi supplier. Tetapi apabila didorong oleh kawan-kawan saya jadi lebih semangat. Perniagaan bukanlah satu benda yang rumit. Ia cuma memerlukan kepada cara pelaksanaan kita. Jadi, saya rasa seronok dapat membuat praktikal skali gus mengajar saya cara untuk menjadi usahawan yang berjaya.
BILA DAN DIMANA SAYA DAPAT APLIKASI SEMUA INI?
- Untuk mengaplikasi semua ini tidak semestinya ketika habis belajar. Dalam pengajian pon boleh. Pelajar juga boleh berniaga secara kecil-kecilan. Contohnya, jual kerongsang. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari selok belok perniagaan walau pun secara kecil-kecilan.
HARAPAN SAYA
- Saya mengharapkan bahawa setiap orang tidak memandang enteng terhadap perniagaan dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar. Perniagaan merupakan 9/10 daripada rezki..:):)
No comments:
Post a Comment