Apa yg saya belajar?
-Alhamdulillah,Saya belajar satu pendedahan dan ilmu yg baru berkaitan dengan pengurusan sesuatu organisai perniagaan yg mana melibatkan banyak pihak.Bermula di peringkat bawah hingga ke yg paling atas iaitu bahagian pengurusan.Jelas menunujukkan bahawa kejayaan sesebuah syarikat tersebut tidak akan sesekali dapat dicapai jika tidak ada kerjasama dan kualiti kerja dari semua bahagian.Semua individu memainkan peranan yg begitu penting dalm melancarkan segala proses yg dirancang.Kesatuan dan pantauan dalam organisasi tersebut menjadi faktor utama sesebuah syarikat akan terus mampu utk 'survive' dalam dunia perniagaan.
Apa yg saya rasa?
-Seronok dapat ilmu baru tapi masih agak rasa gerun utk menceburi dunia keusahawanan yg begitu mencabar.Perlu bimbingan dan ilmu yg lebih lagi.
Dimana dan bila saya boleh aplikasi apa yg saya belajar?
-Kalau secara realistiknya adalah sekarang kerana sebagai seorang mahasiswa yg aktif dalam berorganisasi,ilmu ini sangat penting utk saya praktikkan walaupun ianya tidak melibatkan aspek keusahawanan namun masih melibatkan soal pengurusan.Secara futuristiknya adalah di dalam karier saya pada masa hadapan samada di alam perniagaan atau tidak,yang pasti ia dapat membantu dalam meguruskan sesuatu urusan.
Harapan saya?
-Diteruskan aktiviti seperti ini agar mahasiswa sentiasa terdidik dengan pendedahan dan ilmu survivor dalam dunia keusahawanan di luar sana yg begitu memerlukan kemahiran dan persediaan yg mantap.Wallahua'lam wa ahkam....(^^)
No comments:
Post a Comment