PENGENALAN
PERNIAGAAN
Syarikat Intelligent Quranic Consultant
merupakan sebuah syarikat yang berkonsepkan Islamic Education atau lebih
dikenali dengan singkatan IQC.Ia telah ditubuhkan pada awal tahun 2012. Asas utama penubuhan syarikat ialah di atas kesedaran pemilik
syarikat untuk menyahut seruan pihak kerajaan yang menggalakkan golongan
bumiputra untuk menceburi bidang perniagaan kerana ianya dapat meningkatkan
peratusan penglibatan kaum bumiputra dalam bidang ini.
Disamping itu, matlamat penubuhan syarikat ini adalah atas dasar
untuk bersama terlibat didalam pembangunan serta inovasi sistem pengurusan dan
pembangunan pengurusan tenaga manusia serta peningkatan prasarana sistem
pendidikan negara agar benar-benar bertaraf dunia.
Dalam mencapai matlamat ini, syarikat kami menyediakan pelbagai
produk perkhidmatan dan dalam meningkatkan tahap kemahiran serta kecekapan para
pelajar serta pelanggan kami dengan menyediakan ustaz dan ustazah yang mahir
dalam bidang al-Quran dan agama serta beberapa orang guru pakar serta perunding
motivasi. Selain itu juga, mereka juga
berpengalaman mengendalikan Program, Klinik atau Bengkel dan Seminar
Peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau di peringkat negeri.
Pihak kami menyediakan perkhidmatan kepada pihak sekolah khususnya sekolah
rendah dan menengah melalui program bagi membantu para pelajar untuk berjaya
dalam peperiksaan khususnya dalam UPSR, PMR dan SPM. Pada masa ini syarikat juga berhasrat untuk
mendapatkan lebih banyak peluang untuk memberikan perkhidmatan motivasi dan
pendidikan. Syarikat juga amat berkeyakinan dan positif dalam memberikan
perkhidmatan yang berkualiti, terkini dan cemerlang demi kepuasan dan
keselesaan para pelanggan syarikat yang dihargai.
Pelanggan adalah
nadi perniagaan. Tanpa pelanggan, tiadalah perniagaan. Intelligent Quranic
Consultant mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik pelanggan. Kebiasaan
sesebuah syarikat ternama menggunakan teknik pengiklanan yang berkesan sebagai
langkah untuk memberikan impak kepada kepercayaan pelanggan terhadap syarikat.
Namun, teknik pengiklanan yang kami gunakan adalah unik di mana pengunaaan
media sosial ditekankan.
Diantaranya kami merekacipta sebuah blog yang percuma dan
menjimatkan kos iaitu www.musliminmuslimatsmpi.blogspot.com. Dalam blog ini kami sertakan senarai perkhidmatan yang ditawarkan
termasuklah mengajar mengaji al-quran bertajwid, penggunaan IQRA sebagai asas
pengajian, asas bahasa arab dan sebagainya yang akan diterangkan dalam
penerangan seterusnya nanti. Istimewanya blog ini adalah trafiknya tinggi
dengan adanya backlink, laman web sosial seperti facebook dan twitter dan
chatbox.
Poster juga turut
memainkan komunikasi penting untuk menyampaikan maklumat dan informasi yang
sedia ada terhadap tarikan pelanggan. Sehubungan dengan itu, kami menyediakan
sebuah poster yang menarik berbentuk islamik dan amat sesuai dengan tema
syarikat yang islamik. Dalam poster ini kami mendedahkan berkenaan
program-program yang kami tawarkan kepada orang ramai.
Dalam poster yang disediakan, kami meletakkan gambar seorang
kanak-kanak yang memegang al-Quran dan penggunaan tulisan yang besar di samping
penggunaan tema warna yang menarik iaitu latar belakang merah dan hijau sebagai
warna utama yang berfungsi menonjolkan perkhidmatan yang kami tawarkan
sekaligus mengubah minat pelanggan kepada tawaran yang disediakan dalam iklan
tersebut berbanding iklan-iklan lain yang kebanyakannya tidak menekankan konsep
‘attracting force’ di dalamnya.
Tidak cukup dengan membuat poster, cara lain yang kami gunakan
untuk memperbanyakkan medium pengiklanan adalah dengan menyiarkan iklan melalui
corong-corong radio, televisyen surat khabar, kad bisnes dan iklan majalah.
Namun, apa yang difokuskan adalah penyiaran iklan melalui radio di mana kami
meletakkan iklan kami dalam IKIM.FM yang merupakan radio berbentuk islamik yang
mempunyai ribuan pendengar sepanjang masa. Teknik ini merupakan teknik yang
paling berkesan dan efektif di samping memberikan testimoni pelanggan terhadap
perkhidmatan yang kami tawarkan. Testimoni adalah penting kerana secara
psikologinya, manusia tidak suka menyertai sesuatu secara bersendirian.
Testimoni menunjukkan bahawa ada orang lain telah mencuba perkhidmatan yang
kami tawarkan dan telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini secara tidak
langsung meramaikan lagi pelanggan.
Selepas berjaya
mendapatkan pelanggan, kami tidak membiarkan mereka pergi begitu sahaja. Kami menyediakan
kupon diskaun kepada pelanggan yang setia mendapatkan perkhidmatan pengajian
al-quran yang kami sediakan sebagai salah satu langkah untuk mendapatkan pelanggan
yang setia dan terus mengguankan perkhidmatan kami. Dengan adanya kupon diskaun
ini, pelanggan yang datang berulang kali pasti akan datang lagi untuk
mendapatkan khidmat pengajian yang lain di mana keuntungan yang diperolehi
secara berulang.
Jaminan merupakan
satu kaedah meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi pelanggan. Oleh itu, memberi jaminan ialah salah satu
cara yang dilakukan oleh syarikat kami untuk menambahkan daya tarikan
pelanggan. Di antara jaminan yang ditawarkan
oleh kami ialah memastikan pelajar dapat memahami sepenuhnya setiap
modul yang disediakan di samping dapat mengamalkan apa yang dipelajari dalam
kehidupan seharian mereka. Justeru itu,
ibu bapa tidak perlu lagi merasa khuatir
akan perkembangan anak-anak sepanjang metodologi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Begitu juga kami sentiasa memantau perkembangan para
pelajar selepas tamat pengajian agar anak-anak tersebut tidak mengabaikan
pelajaran yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian.
Syarikat kami menawarkan beberapa modul dan pakej-pakej yang
menarik kepada semua peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga
emas. Istimewanya syarikat kami di mana tenaga pengajarnya mempunyai pengalaman
yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran dan mempunyai kepakaran dalam
bidang agama. Tenaga pengajar kami bukan sahaja mempunyai kelulusan yang tinggi
dalama bidang yang diceburi, bahkan mempunyai tauliah daripada jabatan agama
negeri bagi memberikan keyakinan kepada pelanggan supaya tidak salah memilih
guru untuk menuntut ilmu agama.
Yuran yang
dikenakan kepada pelanggan adalah sangat berpatutan dan komprehensif iaitu
secara menyeluruh, bukan hanya terhad kepada satu-satu topik atau bab sahaja.
Ini memudahkan kepada pelanggan membuat bayaran kepada syarikat bagi tujuan
pentadbiran dan juga saguhati kepada pakar-pakar yang memberikan ilmu kepada
pelajar. Melalui bayaran serendah RM60 sebulan, pelajar dapat menikmati
keseluruhan pengajian dan modul-modul yang disediakan oleh kami. Pelajar juga
diberi bonus motivasi secara percuma oleh pakar motivasi selepas daripada
pengajian dan juga waktu-waktu tertentu seperti cuti sekolah dan sebagainya.
Kami turut
menyediakan pengangkutan dari rumah ke pusat pengajian kami bertempat di
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan juga beberapa cawangan kami yang
lain. Sebuah bas dan juga van menjadi aset kami bagi kegunaan alat pengangkutan
dan tujuan pembelajaran. Ini bagi memudahkan pelajar yang tidak mempunyai
pengangkutan sendiri untuk datang ke tempat pengajian kami. Ini merupakan salah
satu kelebihan yang terdapat pada syarikat kami berbanding syarikat lain.
Di akhir
pengajian, pelajar turut diberikan sijil tamat pengajian sebagai tanda
penghargaan dan anugerah pelajar cemerlang kepada pelajar yang aktif dan
cemerlang dalam semua modul. Modul ini termasuklah mengenal asas huruf-huruf
hijaiyyah, belajar melalui IQRA (IQRA 1 hingga IQRA 6), belajar asas tulisan
jawi dan khat termasuklah khat nasakh, riq’ah, thuluth, diwani, diwani jali,
kufi dan farsi, mengenal hukum-hukum tajwid di dalam al-Quran dan belajar asas
Bahasa Arab.
Kami turut melakukan
kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi di mana pelajar-pelajar yang
lulus dalam kesemua matapelajaran dan modul ini akan dihantar ke universiti
dalam negara seperti Universiti Malaya dan luar negara seperti Al-Azhar Mesir
dan lain-lain bagi memperolehi pengijazahan daripada universiti tersebut.
RAKAN KONGSI PERNIAGAAN
Sebagai
sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan
berorientasikan pendidikan, syarikat kami iaitu Intelligent Quranic Consultant
(IQC) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak yang berkaitan bagi
menjayakan pentadbiran syarikat yang telah ditubuhkan ini. Antara pihak yang
menjadi rakan perniagaan kami ialah :
I. - Kedai-kedai Buku
II. -Pegawai Masjid Al-Rahman
III. -Guru Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.
IV. -Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM
V. -JAKIM
KEDAI-KEDAI
BUKU
“Key partners” yang paling utama ialah kedai-kedai buku di sekitar
Kuala Lumpur dan Shah Alam. Di samping mengadakan kelas kemahiran Al-quran, IQC
( Intelligent Quranic Consultant) juga
menjalankan aktiviti jualan ataupun sebagai perantaraan untuk pelanggan
mendapatkan buku yang diidami oleh mereka secara pesanan dalam talian. IQC akan
menempah atau mencari buku-buku khususnya buku-buku agama yang ditempah oleh
pelanggan dan diserahkan dengan secepat yang mungkin. Oleh itu,untuk
mendapatkan buku-buku dengan segera dan pantas,IQC akan berhubung terus dengan
beberapa kedai buku yang terpilih. Kebanyakan kedai buku yang diambil adalah
sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam. Kedai-kedai ini dipilih kerana
koleksi yang dimiliki mereka sentiasa diperbaharui. Ini akan memudahkan
pembelian di samping IQC mendapat potongan harga yang berpatutan di atas setiap
pembelian.
Di antara kedai yang menjadi menjadi pilihan IQC ialah:
1.MPH
Bookstore
Kedai buku MPH
dipilih sebagai yang utama kerana tempatnya yang terletak di Midvilley akan memudahkan pengurusan kami
untuk mendapatkan buku yang dipesan ataupun bahan yang diperlukan bagi
perkhidmatan IQC.
2. Kedai
Buku Marwillis
Terletak di tingkat bawah berdekatan dengan Bank Muamalat dan
Tabung Haji di PKNS Shah Alam. Menjual buku-buku agama,majalah-majalah
Islami,komik-komik Islami,kaset dan vcd.
3.SABA
Islamic Media
Berada di tingkat 1 (Pentas Utama Komplek PKNS) .Selalu mengambil
bahagian dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Jika mempunyai kad SABA
Islamic Media boleh mendapat diskaun 10 %.
2.
MASJID AL-RAHMAN
Masjid al-Rahman pula dikatakan “Key Partners” kerana pihak kami akan
berurusan dengan pengurusan masjid tersebut untuk menggunakan masjid pada
hujung minggu sebagai tempat pengajian sekiranya pelanggan kami mahu dilakukan
secara berkumpulan ataupun jika beliau tidak mahu melakukan pengajian di
rumahnya. Masjid Al-Rahman ini dipilih kerana kedudukannya yang hanya berada di
kawasan UM malah memudahkan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka .
Di samping itu,ibu bapa akan merasa keselamatan anak mereka lebih terjamin di
bawah pengawasan kami. pihak kami juga tidak perlu menyediakan bahan pengajaran
kerana Al-Quran telah banyak tersedia di masjid. Suasana di masjid juga amatlah
sesuai untuk mengadakan kelas kemahiran Al-Quran. Maka,sekiranya dapat menggunakan masjid
ini,ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos bagi menyewa tempat untuk
melakukan pengajian. Walaubagaimanapun, kami turut menyewa satu tempat sebagai
tempat yang tetap untuk memudahkan pengurusan program.
3 .
GURU SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
Ini juga penting buat perkhidmatan yang kami jalankan kerana IQC juga
menjalankan perkhidmatan kelas tambahan akademik secara peribadi kepada
kanak-kanak sekolah selain dari kelas kemahiran al-Quran. Oleh itu,kami akan
sentiasa berhubung dengan pihak sekolah ataupun guru sekolah rendah atau
menengah yang berdekatan untuk mendapatkan sukatan pelajaran yang terkini. Di
samping itu,kami juga akan memohon kertas peperiksaan yang lepas misalnya
UPSR,PMR atau SPM. Ini perlu untuk kami menjalankan pengajaran yang tepat
berdasarkan sukatan pelajaran yang di ajar di sekolah.
4.
PENSYARAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM (UM)
Perhubungan dengan pensyarah terutama di Akademi Pengajian Islam
juga perlu kerana mereka ialah pihak yang berautoriti dalam bidang pendidikan
dan pakar dalam sesuatu bidang misalnya al-Quran. Oleh itu,kami akan menjadikan
mereka sebagai tempat rujukan yang penting dalam menyediakan diri dalam
penglibatan untuk mengajar kemahiran Al-Quran mahupun fardhu ain.
5.
JAKIM
JAKIM iaitu (Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia) pula untuk kami
mendapatkan kelulusan sekiranya inginkan pengesahan sijil khatam al-quran. Ini
akan membuatkan perkhidmatan yang kami jalankan mendapat pengiktirafan yang
sebenar dari pihak yang berwajib. Sememangnya pihak kami iaitu IQC menyediakan
sijil-sijil kepada para pelajar yang menyertai program dan melanggan
perkhidmatan yang kami sediakan.
AKTIVITI UTAMA
i.
Kelas kemahiran Al-Quran
ii.
Bengkel kecemerlangan
iii.
Kelas tambahan akademik
iv.
Perunding motivasi
v.
Perkhidmatan pesanan/penghantaran buku-buku agama
1.
KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN
Kelas kemahiran
al-Quran adalah fokus utama bagi perkhidmatan IQC.
Kemahiran akan
diajar mengikut tahap penguasaan pelajar-pelajar. Bagi pelajar sekolah
rendah,kami akan lebih menekankan kepada asas-asas dalam al-Quaran misalnya
untuk mengenal huruf,cara menyebut huruf dengan betul,dan penguasaan
surah-surah lazim atau muqaddam. Manakala bagi peringkat sekolah menengah,kami
lebih menekankan kepada pembacaan dengan penggunaan tajwid yang betul. Namun
ianya juga bergantung kepada pelajar tersebut,sekiranya penguasaan terhadap
pembacaan lemah,maka pihak pengajar akan mengajar semula dari asas kemahiran
membaca.
2.
BENGKEL KECEMERLANGAN AKADEMIK
Bengkel ini
lebih menumpukan kepada pelajar semasa musim peperiksaan. Sekiranya permintaan
pelajar yang ingin menghadiri melebihi dari 10 pelajar,maka kami akan memanggil
guru yang bertauliah untuk memberikan tunjuk ajar yang berkesan kepada pelajar
ataupun pihak kami yang akan menjalankannya. Antara matapelajaran yang kami
tumpukan ialah Syariah Islamiah,Pendidikan Islam,Tasawurr Islam dan Arab
Komunikasi. Bagi program ini, pihak IQC menjalankan program di luar daripada
tempat kebiasaan seperti kawasan yang mempunyai tempat rekreasi supaya para
peserta dapat mengikuti program dengan suasana yang lebih tenang.
3.
KELAS TAMBAHAN AKADEMIK
Kelas tambahan
yang ditawarkan oleh syarikat kami adalah berasaskan pelajaran akademik.
Terdapat dua pembahagian bagi kelas tambahan akademik yang kami tawarkan iaitu
kelas tambahan secara kelas dan juga secara individu. Kelas secara individu
ialah dengan cara kaedah 1 guru 1 pelajar. Kaedah ini diwujudkan kerana ingin memberikan penumpuan yang penuh
kepada seorang pelajar. Pelajaran akademik ini merangkumi semua matapelajaran
yang diajarkan di sekolah seperti pendidikan islam, pendidikan syariah islam,
sejarah, matematik, sains dan geografi.
Kelas ini boleh
dilakukan di rumah pelajar ataupun di tempat yang telah ditetapkan.
4.
PERUNDING MOTIVASI
Bagi
perkhidmatan perunding motivasi, tujuan
perkhidmatan ini ditawarkan adalah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
golongan yang sudah bekerja. Hal ini berbeza dengan para pelajar yang
bermasalah kerana mereka boleh berjumpa terus dengan guru kaunseling untuk
meminta motivasi dan pandangan. Oleh itu, melalui perkhidmatan ini golongan bekerjaya
menemui tempat yang tepat untuk meringankan masalah yang dihadapi. Kami
melantik perunding-perunding motivasi yang berkelayakan dan pakar dalam bidang
ini iaitu terdiri daripada guru kaunseling sekolah dan juga pakar motivasi
bebas.
*sekadar hiasan.
5.
PERKHIDMATAN PESANAN BUKU-BUKU AGAMA
Bagi pelanggan
yang tidak mahu bersusah payah untuk mendapatkan buku yang di ingini
mereka,kami menyediakan perkhidmatan bagi pelanggan yang mahu memesan kepada
kami buku yang di cari mereka secara dalam talian. Namun kami lebih menumpukan
kepada buku-buku agama sahaja. Segala pesanan akan diselesaikan dengan cepat
dalam masa yang ditetapkan.
SEGMEN PELANGGAN
Sesungguhnya Intelligent Quranic Consultant (IQC) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk memberi
perkhidmatan dalam pendidikan. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan seperti
Kelas Kemahiran Al-Quran, Bengkel Kecemerlangan, Perunding motivasi dan Kelas
tambahan Akademik dengan yuran yang berpatutan kepada pelanggan serta
tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah disamping mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang mereka masing-masing.
Oleh kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan
berdasarkan pendidikan,maka sasaran pelanggan yang disasarkan adalah pelajar-pelajar
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah atau golongan remaja. Remaja bermaksud, dalam Bahasa Inggeris, “adolescence”
berasal daripada perkataan Latin “adolescere” yang bermaksud “membesar”
atau “membesar menjadi matang” (Rogers,1981). Bagi peringkat permulaan ini Syarikat kami
tidak menawarkan perkhidmatan kepada pelajar IPTA/IPTS. Walau bagaimanapun syarikat kami bercadang untuk memperluaskan
perkhidmatan kepada pelajar-pelajar university pada masa akan datang.
Peringkat remaja merupakan suatu proses membesar untuk menjadi individu matang serta mempunyai sikap
yang positif dalam pergaulan masyarakat pada peringkat dewasa. Manakala bagi golongan kanak-kanak, mereka akan memasuki
tahap remaja pada usia 13 tahun. Seterusnya, remaja pula akan melangkah ke alam dewasa dalam lingkungan umur 21 tahun. Ini bermakna,
seseorang itu akan berada di alam remaja
selama lebih kurang tujuh tahun. Pada peringkat inilah remaja akan melalui
pelbagai perubahan sama ada dari sudut mental, fizikal, emosi, dan personaliti.
Pembentukan personaliti
remaja merupakan hasil dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran.
Faktor-faktor genetik datangnya daripada ibu bapa yang melahirkan remaja
tersebut. Manakala faktor-faktor persekitaran terdiri daripada pengaruh rakan
sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, pendidikan agama dan gaya hidup mereka. Dengan faktor-faktor inilah
menentukan sama ada mereka menjadi individu yang berguna kepada masyarakat
ataupun sebaliknya.
Dalam setiap kehidupan kanak-kanak mahupun remaja,mereka
ini tidak mungkin terlepas daripada proses pendidikan disamping membesar dengan
baik. Proses belajar adalah sesuatu yang amat penting
bagi mereka kerana ia bermula daripada keadaan yang tidak tahu atau jahil. Oleh
yang demikian,untuk menjadi tahu mereka mesti belajar. Belajar bukan sahaja
hanya tahu membaca dan menulis sahaja.
Membaca dalam erti kata yang luas ialah menjadi tahu dan pengetahuan itu
menjadi pedoman dalam memahami diri sendiri dan orang lain. Baik haiwan mahupun
manusia semuanya mempelajari sesuatu untuk tahu sama ada ia didorong oleh
naluri atau akal fikirnya.
Remaja yang tidak pergi ke sekolah,
pengetahuan dan pengalaman hanya terbatas dalam lingkungan persekitarannya. Remaja
yang bersekolah bukan sahaja tahu menulis, membaca, berfikir dan mengira tetapi
ada pengetahuan dan ilmu yang dijadikan sumber hidup mengenal dunia dengan
segala kerenahnya. Ia suatu fitrah kerana remaja perlu berfikir untuk
mengetahui sesuatu. Tanpa kemahiran menulis dan membaca remaja akan menjadi buta
huruf dan tanpa memahami ilmu, remaja akan hilang kepintaran dalam berfikir. Ilmu yang baik dan bermanfaat yang dipelajari remaja
memberi kebaikan kepada hidup remaja begitu juga sebaliknya. Belajar
adalah cara terbaik bagaimana pengetahuan diperoleh. Pada awal umur anak-anak
belajar daripada ibubapa mereka. Manakala di sekolah remaja pula belajar dengan
guru-guru mereka. Menerusi proses belajar, remaja dipimpin dan dibimbing supaya
menerima ilmu, kemahiran dan pengalaman dengan baik. Maka dari situlah menjadikan remaja mampu berfikir dan dapat
membezakan yang baik dengan yang buruk untuk kehidupan mereka yang semakin hari
semakin mencabar.
Intelligent
Quranic Consultant juga ditubuhkan bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah
sosial yang sangat meruncing dalam kalangan remaja-remaja atau pelajar-pelajar
sekolah sejak akhir-akhir ini. Banyak sekali kita mendengar melalui media sama
ada media elektronik mahupun media cetak memaparkan berita-berita yang kurang
sedap didengar berkenaan masalah sosial remaja yang semakin berluasa dan sukar
dibendung. Remaja merupakan aset negara. Jika baik remaja pada hari ini maka
baiklah negara pada masa akan datang tetapi jika buruk remaja,maka sebaliknya
akan berlaku. Ini yang kita mahu bendung bersama-sama. Semua pihak harus
bertanggungjawab dengan memainkan peranan masing-masing dalam hal ini sama ada
ibubapa, kerajaan, media, guru dan masyarakat keseluruhannya. Jadi, langkah
yang diambil oleh syarikat kami adalah tepat walaupun usaha ini tidaklah begitu
besar tetapi dengan usaha yang sedikit ini diharapkan berterusan bagi menampung
usaha-usaha dari pihak lain yang lebih besar.
Syarikat Intelligent Quranic Consultant telah menyediakan Kelas
Kemahiran Al-Quran kepada pelajar Islam. Melalui didikan agama dapat membentuk
peribadi seseorang. Bukan sahaja agama Islam bahkan semua agama mengajar
penganutnya ke arah kebaikan. Maka dengan didikan agama ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan masalah dalam kalangan remaja. Didalam agama Islam
Kitab Al-Quran merupakan panduan hidup. Jadi wajib kepada umat Islam untuk
mempelajarinya. Fenomena yang berlaku hari ini berbeza dengan
apa yang sepatutnya. Generasi hari ini lebih mengagungkan perkara lain
berbanding Al-Quran. Hal ini dapat dilihat apabila kebanyakan masyarakat hari
ini lebih memandang penting perkara-perkara yang menjurus ke arah keduniaan.
Jelas sekali apabila ibubapa pada hari ini lebih menekankan anak-anak supaya
berjaya dalam pendidikan sekular yang berorientasikan peperiksaan semata-mata.
Malahan generasi dewasa juga hanya memandang
remeh tentang pembelajaran Al-Quran apabila banyak daripada pelajar-pelajar
hari ini cuma cemerlang dalam bidang pendidikan namun kurang fasih dalam
pembacaan Al-Quran dah lebih teruk lagi apabila masyarakat pada hari ini hanya
membaca Al-Quran tanpa mengenal dan memahami isi kandungan yang terdapat
didalamnya. Apa yang pasti juga, Al-Quran semakin dipinggirkan oleh masayarakat
kita. Baik kaum muda mahupun warga tua. Membacanya pula kini hanya mengikut
musim, tidak lagi dianggap amalan yang perlu dilakukan pada setiap hari. Walaupun
ada yang membaca, hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Belajar secara
ala kadar sahaja, yang mana membaca
Al-Quran dengan buta hukum. Terdapat juga segelintir yang beranggapan bahawa
asalkan membaca ianya sudah memadai. Sedangkan membaca Al-Quran dengan betul
hukum dan disiplinnya adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam. Tersilap
menyebut satu hurufnya saja sudah boleh mengubah makna satu-satu ayat tersebut.
Sebenarnya pendidikan Islam telah terdapat dalam kurikulum sekolah
rendah dan menengah. Walau bagaimanapun, apa yang pelajar belajar di sekolah
adalah tidak begitu menyeluruh. Ini dapat dibuktikan melalui tindakan penambahbaikan didalam kurikulum sekolah yang
mana KBSR telah ditukar kepada KSSR.
Kelas Kemahiran Al-Quran ini merupakan alternatif kepada ibubapa yang
ingin melihat anak-anak mereka mahir dalam ilmu kemahiran Al-Quran. Kurikulum
sekolah hanya menekankan perkara asas iaitu membaca Al-Quran dengan
betul,tetapi syarikat kami menyediakan perkhidmatan yang lebih daripada itu
seperti Tajwid, Fashohah, Tarannum, Qiraat, serta Tafsir Al-Quran sekaligus
menarik minat remaja untuk mendalami dan memertabatkan Al-Quran.
Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan Kelas Tambahan Akademik
kepada semua pelajar samada Melayu, Cina dan India. Ia dapat menarik minat
remaja untuk meningkatkan lagi ilmu mereka dan yang paling penting adalah
mengelakkan remaja daripada terlibat dengan aktiviti luar yang kurang sihat.
Dengan menghadiri kelas tambahan kami, para pelajar dapat mempersiapkan diri
mereka ke arah peperiksaan. Hal ini demikian kerana mereka mendapat bimbingan
intensif bagi setiap mata pelajaran daripada guru-guru tuisyen yang pakar dalm
bisang masing-masing. Tenaga pengajar dapat memberikan tumpuan yang lebih dan
mengukuhkan pemahaman para pelajar
kerana bilangan pelajar di dalam kelas tuisyen adalah kecil. Oleh itu, guru
tuisyen mudah untuk menyelesaikan
masalah dan kekaburan yang dihadapi oleh pelajar.
Pelajar-pelajar yang menghadiri kelas tuisyen juga berpeluang untuk
menambahkan kenalan baru. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelajar di dalam
kelas tuisyen datang dari sekolah yang berlainan. Perkara ini membolehkan
seseorang pelajar berkenalan dengan lebih banyak pelajar dan seterusnya
mewujudkan komunikasi sihat dalam kalangan pelajar. Mereka bertemu, berbincang
dan berkongsi maklumat tentang pelbagai perkara. Keadaan ini sudah tentu dapat
menambah pengetahuan para pelajar di samping mewujudkan persaingan sihat dan
perpaduan antara pelajar dan seterusnya mengurangkan masalah sosial pelajar.
Kami juga menyediakan kelengkapan-kelengkapan yang cukup dan tersusun untuk
keselesaan pelajar-pelajar kami. Keselesaan para pelajar amat kami titik beratkan. Disamping itu juga,jadual yang
kami susun juga fleksibal dan tidak menyusahkan para pelajar disamping tidak
menganggu masa belajar di sekolah.
Selain
itu,kami menyediakan Bengkel Kecemerlangan kepada pelajar yang beminat terutama
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Bengkel ini dapat
menarik penyertaan remaja kerana bengkel ini akan menerangkan kepada para
pelajar berkenaan teknik-teknik menjawab soalan, bentuk-bentuk soalan peperiksaan
yang sebenar serta skema pemarkahan yang betul. Penceramah juga adalah bukan
calang-calang orang, mereka terdiri daripada guru-guru yang membuat soalan dan
guru-guru yang menanda jawapan dan memberi pemarkahan kepada calon nanti. Ia
juga dapat memberi motivasi kepada pelajar. Manakala dari segi yuran pula
adalah berpatutan dengan kemampuan ibubapa, dengan kos sara hidup di bandar ia
adalah tidak membebankan.
Selain itu, syarikat kami juga meluaskan lagi lapangan perniagaan
kami dengan menyediakan perkhidmatan perunding motivasi. Sasaran pelanggan kami
adalah golongan yang bekerjaya termasuk ibu bapa bagi para pelajar yang
menyertai program yang kami sediakan. Tujuan perkhidmatan ini ditawarkan adalah
bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan yang sudah bekerja. Hal ini
berbeza dengan para pelajar yang bermasalah kerana mereka boleh berjumpa terus
dengan guru kaunseling untuk meminta motivasi dan pandangan. Oleh itu, melalui
perkhidmatan ini golongan bekerjaya menemui tempat yang tepat untuk meringankan
masalah yang dihadapi.
Berdasarkan apa yang
syarikat kami tawarkan,sudah memadai bagi menarik perhatian ibu bapa dan
pelajar-pelajar dari sekolah rendah dan menengah untuk melanggan perkhidmatan
yang kami sediakan ini. Kami juga yakin dapat bersaing dengan syarikat lain
yang menawarkan perkhidmatan dalam pendidikan.
PERHUBUNGAN PELANGGAN
Intelligent Quranic Consultant (IQC) merupakan sebuah syarikat yang
menawarkan beberapa perkhidmatan yang
sesuai kepada anak-anak pada masa kini. Justeru itu, pihak kami menawarkan
berbagai-bagai jenis perkhidmatan seperti kelas kemahiran al-Quran,bengkel kecermerlangan,
perunding motivasi dan kelas tambahan
akademik.
Pelanggan
boleh kami anggapkan sebagai raja,kerana kami ingin mengambil kepercayaan
mereka terhadap kami. Ada istilah yang menyatakan bahawa ‘customer is always
right’ dimana maksudnya iaitu ‘pelangan adalah sentiasa betul’didalam bahasa
Malaysia. Walaupun kadang-kadang istilah ini adakalanya tidak sesuai kerana ada
juga pelanggan yang bersikap kasar, tetapi bagi memastikan perniagaan berjalan
dengan baik,kami perlulah bersikap baik dengan pelanggan. Sungguhpun begitu,kami
masih mempunyai hak dengan pelanggan. Sebagai contohnya kami boleh menetapkan
syarat-syarat ketika berurusan. Dengan cara ini kami boleh mengambil tindakan
sekiranya berlaku perlanggaran syarat yang ditetapkan. Satu perkara yang patut diketahui
iaitu “pelanggan itu bukan pembeli
tetapi pembeli itu adalah pelanggan”.maksudnya setiap pelawat yang mengunjungi laman
web kami merupakan pengunjung tetapi
belum tentu mereka berminat dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Manakala
mereka yang membeli adalah pelanggan.
Lalu
bagaimana membina hubungan yang kuat dengan pelanggan? Ada enam cara yang
diyakini akan dapat memperkuat hubungan dengan pelanggan. Tentu saja cara ini
harus disesuaikan dengan keadaan yang ada. Namun, setidaknya prinsip kerja cara
tersebut dapat menjadi insipirasi dalam usaha membina hubungan dengan
pelanggan. Enam cara itu adalah:
Pertamanya
ialah dengan mengajak pelanggan untuk berbicara santai dengan minum kopi atau
makan tengah hari di luar. Cara ini bertujuan untuk membuat suatu kesempatan
lain di luar waktu rasmi untuk berkomunikasi yang diharapkan kami akan dapat
mengenal peribadi pelanggan lebih jauh dan demikian pula sebaliknya, memberikan
kesempatan lain kepada pelanggan untuk mengenal lebih jauh mengenai peribadi kami.
Saling mengenal lebih rapat akan memupuk kepercayaan yang lebih tinggi.
Kepercayaan adalah kunci dalam membina hubungan dengan pelanggan. Dengan cara
ini juga kami dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pelanggan dengan
pihak kami bagi memahami erti kehidupan yang sebenar. Melalui cara ini ia
kelihatan ringkas, tetapi impak yang besar menanti di kemudian hari jikalau kami
selalu amalkan perkara begini dalam kehidupan seharian kami dengan pelanggan. Sekiranya
berkelapangan, kami akan berhubung dengan pelanggan-pelanggan sehingga ke tahap
peribadi (personal level). Orang selalunya akan berurusan menerusi orang yang
mereka kenali dan percayai. Sentiasa bersikap mesra dan “membantu” apabila ada
pelanggan yang datang ke premis atau website perniagaan kami. Ianya tidaklah
begitu sukar, kadangkala, hanya dengan senyuman dan bertanya khabar sahaja sudah
mampu memberikan pelanggan tersebut sebuah pengalaman yang mengembirakan dan
menyenangkan.
Seterusnya,
mengirimkan artikel yang menarik kepada pelanggan mungkin berguna bagi
pelanggan. Cara saling memberi informasi seperti ini adalah cara yang baik dalam
usaha menjaga “keep in touch” dengan pelanggan. Ramai masyarakat hari ini
membaca saat sedang dalam perjalanan atau saat santai lain, lalu ketika
mendapatkan artikel yang baik, maka artikel tersebut disampaikan kepada
pelanggan. Dengan artikel ini juga kami dapat memberi
kepuasan kepada pelangan,mungkin dengan cara ini pelanggan akan merasakan diri
mereka dihargai dan diambil cakna oleh pengurusan syarikat ,contohnya syarikat
kami ini menyediakan perkhidmatan tenaga
pengajar untuk mengajar al-Quran kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah
rendah.lalu, pihak kami akan menghantar artikel berkaitan dengan al-Quran
kepada ibubapa.
Cara
yang lain ialah dengan mengucapkan selamat atau tahniah kepada pelanggan ketika
mendapat berita yang baik tentang pelanggan. Boleh juga dengan mengirimkan
karangan bunga ucapan selamat atas suatu acara yang diadakan oleh
pelanggan.Misalnya saat pelanggan sedang dinaikkan pangkat dalam jabatannya. Namun
ketika mendapat berita yang tidak baik tentang pelanggan, sebaiknya berusaha
agar membantunya sesuai dengan keahlian dan pengalaman yang ada.
Cara
keempat pula ialah dengan menawarkan kepada pelanggan suatu kesempatan untuk
mendapatkan perkhidmatan atau layanan baru secara percuma dan tawarkan mereka
insentif pada perkhidmatan lain yang sering mereka gunakan. Cara ini dapat
dilakukan sebagai menghargai kesetiaan pelanggan melanggan perkhidmatan yang
kami tawarkan.
Selain
itu, selalu “sedia” saat diperlukan pelanggan juga satu aspek yang penting. Layanan
yang baik kepada pelanggan harus menjadi prioriti utama dalam hal menjaga
hubungan yang kuat. Di saat bila-bila pun diperlukan, kita harus bersedia. Dalam
keadaan yang tidak sedia, setidaknya tetap berkomunikasi, sambil menunggu keadaan
sedia untuk membantu pelanggan. Kaedah ini lebih tertumpu kepada perkhidmatan
perunding motivasi yang kami sediakan.
Cara
terakhir ialah ketika tidak dapat membantu pelanggan, arahkan pelanggan kepada
seseorang yang mampu membantu dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Cara ini
akan tetap mengingatkan pelanggan atas bantuan yang telah diberikan kepadanya.
Oleh sebab itu, kita sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan agar
pelanggan kita senang dan selesa dengan apa yang kita lakukan dalam
perkhidmatan.
Selain keenam-enam cara tersebut, cuba berikan penekanan kepada usaha-usaha menghubungi
semula pelanggan dan prospek kami. Ini adalah satu-satunya cara yang terbaik
untuk kami membina hubungan dengan pelanggan kami. Jika kami sebagai pemilik
kedai, kami tidak biarkan pelanggan keluar dari premis kami tanpa meninggalkan
sebarang nombor untuk menghubungi mereka. Proses follow up ini boleh dilakukan
dengan menghantarkan kad, mesej ataupun menelefon mereka. Hubungan baik yang
terjalin bukan sahaja menjadikan pelanggan tersebut setia kepada kami, malah
akan turut membuatkan mereka berasa gembira memperkenalkan perniagaan
perkhidmatan kami kepada rakan-rakan mereka.
Membina hubungan dengan pelanggan adalah bermakna melayan
mereka dengan rasa hormat yang tinggi. Kami Sentiasa memberikan perkhidmatan
serta produk yang terbaik kepada prospek serta pelangan kami dan mereka akan
menjadi pelanggan kepada perniagaan kami untuk seumur hidup mereka.
Akhir sekali, dalam mengekalkan
perhubungan dengan pelanggan, dari semasa ke semasa, kami cuba mendapatkan
maklumbalas dari pelanggan mengenai perniagaan kami. Hanya perlu tanya sahaja
mereka, apakah pendapat mereka mengenai produk atau perkhidmatan kami, dan apa
yang menyebabkan mereka gemar berurusan dan mendapatkan khidmat kami.
Selalunya, pelanggan gemar untuk berkongsikan masalah yang mereka hadapi dan
gemar untuk memberikan cadangan. Jadi, kami
mendengar jawapan mereka dengan penuh perhatian dan teliti. Ini akan
banyak membantu kami untuk meningkatkan lagi mutu produk dan perkhidmatan kami
di samping membina hubungan yang sangat baik bersama pelanggan, kerana mereka
merasakan kami amat benar-benar menghargai mereka (kerana sudi mendengar
pendapat mereka).
MEDIA PEMASARAN
IQC memilih untuk memasar dan mempromosikan perkhidmatan kami melalui
jaringan internet sepenuhnya kerana banyak kelebihan dan faktor-faktor positif
yang telah dikaji. Antaranya ialah internet membolehkan kami melakukan promosi
perniagaan kepada beribu-ribu orang tanpa kos yang mahal berbanding
akhbar, televisyen, radio, majalah dan sebagainya. Internet membolehkan kami memberi
sebanyak maklumat yang mungkin dalam pelbagai format kepada pelanggan dan
bakal pelanggan seperti gambar, teks, video, bunyi dan animasi berbanding
dengan media cetak, pada kos yang rendah dan sering kali percuma seperti
Facebook, Youtube dan blog ini.
Selain itu, sasaran pelanggan akan mengambil
perhatian, kerana mereka yang memilih untuk membaca, melihat, mendapatkan
maklumat daripada kami. Perniagaan online yang kecil boleh bersaing dengan
perniagaan besar secara offline. Keduanya kini bersaing pada tahap yang sama. Perniagaan
online milik satu orang boleh bersaing dengan syarikat yang memiliki berpuluh-puluh
atau beratus-ratus pekerja. Kami boleh mendapat sasaran yang paling tepat oleh
kerana di internet terdapat komuniti-komuniti daripada pelbagai industri.
Perniagaan internet adalah fleksibel, iaitu boleh dijalankan dimana sahaja
pada bila-bila masa, asalkan mempunyai hubungan internet. Tambahan pula kini penggunaan
telefon bimbit pun sudah boleh untuk menguruskan perniagaan. Menurut kajian, perniagaan
secara internet membolehkan sesebuah syarikat mendapatkan pelanggan dari serata
dunia pada kos yang terlalu rendah. Dan yang paling memberi kesan adalah perniagaan
secara internet boleh dijalankan dari rumah bersama keluarga sendiri.
Terdapat beberapa cara yang kami gunakan untuk memasarkan
produk atau perkhidmatan kami di internet. Ada yang mudah dilakukan dan ada
juga yang agak rumit untuk dijalankan namun ia merupakan cabaran yang perlu
kami hadapi.
(1) Promosi Melalui Email
Perkara pertama yang kami lakukan ialah mewujudkan sebuah laman web "opt-in" atau "landing page" yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan email mereka di laman web tersebut. Selepas pelawat tersebut meninggalkan nama dan email mereka, kami memulakan pemasaran produk atau servis dengan menghantar email kepada mereka. Walaubagaimanapun, penghantaran email ini bukan dilakukan secara manual tetapi dengan menggunakan perisian yang dinamakan ‘autoresponder’. Autoresponder ini boleh menghantar mesej kepada ratusan dan ribuan email pada satu-satu masa dan inilah cara kami lakukan untuk promosi melalui email.
Terdapat 2 servis autoresponder yang kami sediakan kepada para pelanggan iaitu:
1) Aweber - http://www.iqc.com/aweber
2) Getresponse - http://www.iqc.com/getresponse
Antara langkah-langkah yang kami lakukan adalah kami memasukkan beberapa mesej untuk dijadikan email di dalam autoresponder kami supaya setiap kali pelawat laman web kami berikan nama dan email mereka, mereka akan mendapat email ini secara automatik dan berterusan dari kami. Kami membina laman "opt-in" dan langgan autoresponder. Kemudian, memasukkan minimum 7 mesej untuk kami jadikan email untuk dihantar kepada prospek kami. Kami menambah lebih banyak mesej dari masa ke semasa. Kemudian, kami mempromosikan laman "opt-in" atau "landing page" ini dengan menggunakan kaedah promosi lain.
(1) Promosi Melalui Email
Perkara pertama yang kami lakukan ialah mewujudkan sebuah laman web "opt-in" atau "landing page" yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan email mereka di laman web tersebut. Selepas pelawat tersebut meninggalkan nama dan email mereka, kami memulakan pemasaran produk atau servis dengan menghantar email kepada mereka. Walaubagaimanapun, penghantaran email ini bukan dilakukan secara manual tetapi dengan menggunakan perisian yang dinamakan ‘autoresponder’. Autoresponder ini boleh menghantar mesej kepada ratusan dan ribuan email pada satu-satu masa dan inilah cara kami lakukan untuk promosi melalui email.
Terdapat 2 servis autoresponder yang kami sediakan kepada para pelanggan iaitu:
1) Aweber - http://www.iqc.com/aweber
2) Getresponse - http://www.iqc.com/getresponse
Antara langkah-langkah yang kami lakukan adalah kami memasukkan beberapa mesej untuk dijadikan email di dalam autoresponder kami supaya setiap kali pelawat laman web kami berikan nama dan email mereka, mereka akan mendapat email ini secara automatik dan berterusan dari kami. Kami membina laman "opt-in" dan langgan autoresponder. Kemudian, memasukkan minimum 7 mesej untuk kami jadikan email untuk dihantar kepada prospek kami. Kami menambah lebih banyak mesej dari masa ke semasa. Kemudian, kami mempromosikan laman "opt-in" atau "landing page" ini dengan menggunakan kaedah promosi lain.
(2) Promosi Melalui Artikel (Cara 1)
Artikel merupakan bahan penting di dalam pemasaran internet. Tapi banyak orang tidak tahu topik apa yang nak dibincangkan untuk membuat sesuatu artikel. Apa yang kami lakukan adalah kami menulis artikel untuk mempromosi landing page kami.Sebelum itu kami merujuk beberapa website sebelum kami mula menulis. Kaedah yang kami lakukan adalah kami menulis satu artikel dan kadang-kadang kami mencari sesiapa yang boleh menulis artikel untuk niche kami. Kemudian kami sebarkan artikel ini ke seberapa banyak laman web lain yang kami temui. Selain itu kami juga menyebarkan artikel kami ke direktori artikel seperti ezinearticles.com, articlecity.com atau searchwarp.com.
(3) Promosi Melalui Artikel (Cara 2)
Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya sudah mencukupi untuk menyebarkan artikel beberapa direktori artikel yang ternama tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ianya lebih baik jika menyebarkan kepada beratus-ratus direktori artikel di internet. Tapi kami di IQC percaya kami perlu ambil risiko ini untuk memasarkan perkhidmatan kami. Oleh itu kami menggunakan artikel yang kami tulis untuk sebarkan ke 1000 laman web lain. Sekiranya bajet kami tidak mencukupi, kami menggunakan beberapa ‘article directory’ utama yang kami ada. Apa yang kami sentiasa pastikan adalah untuk tidak menghabiskan banyak masa dengan melakukan manual submission. Seterusnya kami juga bertindak menyebarkan artikel kami ke ‘article directory’ setiap kali kami mempunyai artikel baru yang ditulis.
(4) Promosi Melalui Komen Blog
Disebabkan terdapat pelbagai blog di dalam pelbagai pasaran, adalah mudah untuk kami melakukan promosi sebegini. Tambahan lagi, sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan pembaca-pembaca ini merupakan sasaran terbaik untuk perkhidmatan yang kami promosikan.Walaubagaimanapun, kami cuba sebaik mungkin mengelakkan daripada dilabel sebagai 'blog spammer' dengan terus beriklan melalui komen blog kami secara terang-terangan. Atau dengan kata lain kami melakukannya dengan cara yang berhemah. Kami menjadikan kebiasaan kami untuk meninggalkan komen di blog berkaitan dengan niche syarikat kami disamping tidak menghabiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog dan setiap komen. Kami menggunakan strategi 1-minit untuk baca paparan blog, 1-minit untuk tinggalkan komen kami. Kami juga mencari 10 blog berkaitan niche kami dan tinggalkan 10 komen di blog setiap hari.
Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya sudah mencukupi untuk menyebarkan artikel beberapa direktori artikel yang ternama tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ianya lebih baik jika menyebarkan kepada beratus-ratus direktori artikel di internet. Tapi kami di IQC percaya kami perlu ambil risiko ini untuk memasarkan perkhidmatan kami. Oleh itu kami menggunakan artikel yang kami tulis untuk sebarkan ke 1000 laman web lain. Sekiranya bajet kami tidak mencukupi, kami menggunakan beberapa ‘article directory’ utama yang kami ada. Apa yang kami sentiasa pastikan adalah untuk tidak menghabiskan banyak masa dengan melakukan manual submission. Seterusnya kami juga bertindak menyebarkan artikel kami ke ‘article directory’ setiap kali kami mempunyai artikel baru yang ditulis.
(4) Promosi Melalui Komen Blog
Disebabkan terdapat pelbagai blog di dalam pelbagai pasaran, adalah mudah untuk kami melakukan promosi sebegini. Tambahan lagi, sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan pembaca-pembaca ini merupakan sasaran terbaik untuk perkhidmatan yang kami promosikan.Walaubagaimanapun, kami cuba sebaik mungkin mengelakkan daripada dilabel sebagai 'blog spammer' dengan terus beriklan melalui komen blog kami secara terang-terangan. Atau dengan kata lain kami melakukannya dengan cara yang berhemah. Kami menjadikan kebiasaan kami untuk meninggalkan komen di blog berkaitan dengan niche syarikat kami disamping tidak menghabiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog dan setiap komen. Kami menggunakan strategi 1-minit untuk baca paparan blog, 1-minit untuk tinggalkan komen kami. Kami juga mencari 10 blog berkaitan niche kami dan tinggalkan 10 komen di blog setiap hari.
(5) PROMOSI MELALUI YOUTUBE
Banyak cara digunakan untuk kami memasarkan produk kami di
Youtube.
Antara langkah-langkah yang kami ambil melalui kaedah ini adalah:
Antara langkah-langkah yang kami ambil melalui kaedah ini adalah:
1. Kami menggunakan video yang sedia ada bagi menjimatkan masa dan kos.
2. Kami daftarkan akaun Youtube dengan nama yang ada keyword kepada niche kami.
3. Kemudian, kami letakkan tajuk video yang ada keyword sasaran kami.
4. Kami letakkan link ke landing page kami di bahagian description (bersama http:// )
5. Seterusnya kami letakkan keyword sasaran kami di dalam ‘tags’.
6. Akhir sekali, kami masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche kami di dalam bahagian deskripsi.
6)
PROMOSI MELALUI FACEBOOK
Hampir separuh penduduk Malaysia mempunyai akaun Facebook.
Facebook atau muka buku
adalah rangkaian media sosial yang paling pantas berkembang pada masa kini dan
dianggarkan hampir separuh daripada pengguna Internet dunia mempunyai akaun
Facebook. Setiap hari beribu-ribu pengguna baru mendaftarkan diri untuk
menggunakannya. Pada saat artikel ini ditulis, terdapat 12, 268, 300 penduduk
Malaysia yang mempunyai akaun Facebook iaitu hampir separuh daripada jumlah
penduduk dan nombor itu juga mewakili 70 peratus daripada populasi dalam talian
Malaysia.
Fakta-fakta itu
menyokong mengapa Facebook menjadi laman web nombor satu paling banyak dilayari
di Malaysia dan juga kebanyakan negara lain. Jika dibandingkan dengan medium
lain seperti akhbar, majalah, radio dan televisyen, facebook mempunyai
kelebihannya yang tersendiri dalam menghubungkan terus pelanggan kepada
perniagaan kami kerana sifatnya sebagai ruang untuk bersosial.
Selain itu, manusia
secara semulajadinya memang memerlukan kehidupan sosial tetapi kesibukan harian
untuk bekerja dan mencari rezeki telah membataskan keperluan itu, tetapi
apabila Facebook muncul, ia bagai mengisi kekosongan dalam jiwa mereka.
Justeru, kami di IQC menyahut seruan dan peluang yang ada ini. Kami
menggunakan kaedah promosi melalui page dan juga menggunakan profil-profil ahli
jawatankuasa syarikat untuk mempromosikan perkhidmatan. Kami juga menyertai
‘group-group’ yang berautoriti seperti JAKIM, IKIM dan sebagainya bagi membantu
mempromosikan syarikat kami. Setiap hari akan ada update tentang sesuatu yang
baru daripada IQC dan proses ini akan sentiasa diurus dan dipantau di bawah
ahli jawatankuasa penerangan kami. Promosi melalui kaedah poster dan
gambar-gambar yang menarik juga kami gunakan dan di update dalam status
syarikat dan ahli-ahli jawatankuasa yang ada. Setakat ini kami mendapat respon
dan komen yang amat positif tentang promosi dan perkembangan syarikat kami
sehingga mendapat tempahan yang banyak melalui facebook.
ALIRAN PENDAPATAN IQC
JENIS
|
HARGA
(RM) |
KEKERAPAN
(PER
BULAN)
|
KUANTITI
(ORANG)
|
HASIL
(RM) |
KELAS
KEMAHIRAN AL-QURAN
|
30
|
4
|
50
|
6000
|
BENGKEL KECEMERLANGAN
|
100
|
1
|
100
|
10000
|
KELAS
TAMBAHAN AKADEMIK
|
30
|
4
|
100
|
12000
|
PERUNDING MOTIVASI
|
200
|
1
|
10
|
2000
|
LAIN-LAIN
JENIS
|
HARGA UNTUNG PER BUKU
(RM)
|
KUANTITI
|
HASIL
|
JUALAN BUKU
|
2
|
500
|
1000
|
JUMLAH HASIL =
HARGA x KUANTITI
JUMLAH ALIRAN PENDAPATAN = RM3100
PERATUS ALIRAN PENDAPATAN
Berdasarkan
carta pai yang ditunjukkan, aliran pendapatan yang diperolehi oleh Intelligent
Quranic Consultant (IQC) jelas ditunjukkan melalui perkhidmatan yang kami
sediakan iaitu kelas kemahiran al-Quran, bengkel kecemerlangan, kelas tambahan
akademik dan perunding motivasi.
Kelas kemahiran al-Quran menyumbangkan pendapatan
sebanyak RM6000 iaitu bersamaan 20%
daripada jumlah keseluruhan pada setiap bulan. Manakala, bengkel kecemerlangan
pula menunjukkan jumlah pendapatan kedua tertinggi bagi semua perkhidmatan yang
kami sediakan iaitu 33.33% atau RM10000 bagi jumlah bulanan.
Seterusnya,
jumlah pendapatan bulanan yang tertinggi antara perkhidmatan yang
ditawarkan ditunjukkan oleh kelas
tambahan akademik iaitu RM12000 bersamaan 40% daripada jumlah keseluruhan
bulanan yang berjumlah RM30000. Perkhidmatan perunding motivasi pula
mencatatkan hasil sebanyak RM2000 untuk setiap bulan iaitu bersamaan 6.45%.
Akhir sekali, daripada jualan buku yang merupakan perkhidmatan tambahan
syarikat kami, hasil yang diperoleh ialah RM1000 atau 3.23% daripada jumlah
keseluruhan pada setiap bulan.
Secara
keseluruhannya, syarikat IQC berjaya memperoleh aliran pendapatan bulanan
sebanyak RM31000 melalui pelbagai perkhidmatan yang disediakan.
PERINCIAN TENTANG HASIL YANG DIPEROLEH
Intelligent
Quranic Consultant (IQC) menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan yang
menjurus kepada pendidikan agama atau al-Quran. Terdapat beberapa perkhidmatan
yang ditawarkan IQC iaitu kelas kemahiran al-quran, bengkel kecemerlangan,
kelas tambahan akademik, kelas tajwid intensif dan perunding motivasi.
Harga yang ditetapkan adalah berpatutan dengan
keadaan pendapatan masyarakat umum yang berpendapatan sederhana. Para ibu bapa mampu
untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti program-program yang dirangka.
Selain itu, pendaftaran yang disediakan juga adalah praktikal iaitu mengikut
keselesaan pelanggan sama ada secara manual ataupun menggunakan teknologi
terkini seperti alam maya (online).
Bagi
kelas kemahiran al-Quran, harga yang ditetapkan adalah RM30 bagi setiap sesi.
Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi ialah dua jam dan diadakan satu sesi
bagi setiap minggu. Jumlah pelanggan atau pelajar yang disasarkan akan
mengikuti kelas kemahiran al-Quran adalah seramai lima puluh orang dan
dianggarkan jumlah hasil yang diperolehi ialah RM1500.
Seterusnya
untuk bengkel kecemerlangan pula, bengkel diadakan sebulan sekali di suatu
tempat yang berbeza daripada suasana pembelajaran biasa dan diadakan selama
tiga hari dua malam. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk memastikan para
pelajar yang mengikuti program dapat memberi perhatian yang khusus selama
program diadakan berbanding kelas biasa. Bayaran yang ditetapkan bagi setiap
bengkel yang dijalankan ialah RM100 untuk setiap pelajar. Jumlah pelajar yang
disasarkan untuk mengikuti bengkel ini ialah seratus orang dan hasil yang bakal
diperoleh dijangka RM10000.
Perkhidmatan
lain yang turut disediakan ialah perkhidmatan perunding motivasi. Perunding
motivasi dilantik daripada pakar-pakar motivasi yang terdiri daripada guru-guru
kaunseling sekolah. Bayaran yang ditetapkan bagi tiga sesi perjumpaan dengan
perunding motivasi ialah RM200.
PENYATA KOS
KOS TETAP (SETIAP BULAN)
ITEM
|
KOS
(RM)
|
|||
SEWA PREMIS
|
500
|
|||
PERALATAN
|
500
|
|||
PEKERJA(5
ORANG)
|
10000
|
|||
BIL ELEKTRIK
|
200
|
|||
JUMLAH KOS
TETAP
|
11200
|
|||
KOS YANG
BERUBAH
|
||||
ITEM
|
HARGA
|
KUANTITI
|
KOS(RM)
|
|
PEKERJA TAMBAHAN
|
1000
|
4
|
4000
|
|
PERALATAN /
BAHAN
|
50
|
10
|
500
|
|
JUMLAH KOS YANG BERUBAH
(RM)
|
4500
|
|||
JUMLAH KOS KESELURUHAN
= JUMLAH KOS
TETAP + JUMLAH KOS BERUBAH
= RM11200 + RM4500
= RM15700
KEUNTUNGAN :
JUMLAH ALIRAN PENDAPATAN - JUMLAH KESELURUHAN KOS
= RM31000 – RM15700
= RM15300
KESIMPULAN PENDAPATAN
Berdasarkan kepada aliran pendapatan yang
diperoleh dan jumlah kos keseluruhan yang digunakan, syarikat Intelligent
Quranic Consultant (IQC) Berjaya memperoleh keuntungan dalam anggaran sebanyak RM15300
pada setiap bulan. Walaubagaimanapun, keuntungan boleh berubah bergantung
kepada jumlah pelanggan dan kos yang berubah pada setiap bulan.
Pihak IQC akan berusaha untuk memastikan jumlah keuntungan bulanan syarikat sentiasa bertambah dengan menambahkan promosi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan agar mereka akan setia untuk terus melanggan perkhidmatan yang kami tawarkan.
No comments:
Post a Comment