Thursday, 1 November 2012

ASSIGNMENT 2


PENYATAAN MASALAH

Dunia hari ini memperlihatkan pelajaran agama menjadi keutamaan bagi kebanyakan keluarga Islam di Malaysia disamping subjek-subjek akademik yang lain. Selain ilmu agama yang diperolehi di sekolah, para ibu bapa turut mendorong anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan atau bengkel berasaskan agama di luar waktu persekolahan. Lambakan pusat tuisyen yang menyediakan perkhidmatan untuk pelajaran agama menyebabkan para ibu bapa sukar memilih tempat yang terbaik untuk anak-anak mereka.  Melalui Intelligent Quranic Qonsultant (IQC), ibu bapa dapat memastikan anak-anak mereka menerima bimbingan yang terbaik daripada tenaga pengajar yang pakar selain skop pengajaran yang efektif dan terkini. IQC juga memberi kemudahan kepada para pelajar untuk mengikuti program yang dijalankan dengan pemilihan waktu yang fleksibel. Penyertaan para pelajar dalam IQC akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang bukan sahaja dalam subjek akademik tetapi juga memiliki pengetahuan agama yang mantap.


SIFAT PERNIAGAAN (INTELLIGENT QURANIC CONSULTANT)

 MISI

Pelan Perniagaan perkhidmatan Intelligent Quranic Consultant ditubuhkan untuk mengisi keperluan semasa dalam menyediakan kelas bimbingan al-Quran serta kelas-kelas agama. Kami menyusun rancangan perniagaan dengan cepat dan cekap, serta mengambil kira kos pelaksanaan yang bersesuaian, sambil mengekalkan tahap tertinggi kualiti dan perkhidmatan pelanggan pada setiap masa. Kejayaan perniagaan kami  dipengaruhi oleh dedikasi kami untuk terus meningkatkan kualiti dan perkhidmatan dalam setiap aspek pengurusan kami.

OBJEKTIF JANGKA PENDEK

Sebagai objektif jangka pendek, ia adalah hasrat kami untuk memulakan perniagaan kami dalam cara yang paling berkesan melalui cara menarik minat pelanggan kami dengan menawarkan kos perkhidmatan yang lebih rendah. Objektif ini dapat dicapai dengan melakukan hebahan atau iklan-iklan di surat khabar atau majalah, “flyers”,laman web,facebook dan sebagainya.

OBJEKTIF JANGKA PANJANG

Apabila perniagaan kami telah berjaya dalam penubuhannya serta pengurusannya berjalan dengan sempurna, kami akan menumpukan kepada penyertaan yang lebih luas tanpa tertumpu kepada kumpulan tertentu sahaja dengan membuka penyertaan kepada setiap lapisan masyarakat.Untuk mencapai matlamat syarikat , pengurusan yang cekap dan sistematik perlu dititikberatkan dan lebih menekankan perkhidmatan yang lebih berkualiti berbanding kuantiti dan seterusnya dapat memperkembangkan perniagaan perkhidmatan kami ke seluruh negara.

KAKITANGAN UTAMA

Pada masa ini, kami telah menyediakan beberapa orang tenaga pengajar (ustaz dan ustazah) yang mahir dalam bidang al-Quran dan agama Islam. Apabila perniagaan perkhidmatan berkeadaan stabil kami akan menyediakan beberapa orang lagi kakitangan yang mahir untuk memenuhi permintaan pelanggan kami.

STRUKTUR UNDANG-UNDANG

Perniagaan kami akan dilancarkan  di bawah nama Intelligent Quranic Consultant (IQC). Kami akan mengendalikan perniagaan secara antara bersama rakan-rakan.


PRASARANA

Kami telah menyewa satu bangunan di sekitar Kuala Lumpur untuk dijadikan pusat pengurusan perkhidmatan kami dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk pelanggan kami.


PELANGGAN YANG DISASARKAN


SIAPA
1)      Ibu bapa (menjadi pendorong untuk anak-anak mereka supaya mengikuti program yang disediakan).
2)      Para pelajar yang berumur dalam lingkungan 12 tahun hingga 17 tahun.

PENDEKATAN
1)      Iklan melalui kain rentang (banner)
2)      Media elektronik (blog, twitter, facebook dan sebagainya)
3)      Iklan dalam media cetak (surat khabar)

BUKTI (BORANG SOAL SELIDIK)

MAKLUMAT RESPONDEN

·         Umur               :
·         Status              :
·         Jantina             :
·         Pendidikan      :

1)      Adakah anda pernah mengikuti mana-mana kelas pengajian al-Quran sebelum ini?
YA  /   TIDAK
2)      Adakah anda berminat untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran mengikut masa yang fleksibal?
      YA  /   TIDAK
3)      Adakah anda mahu mempelbagaikan perkhidmatan lain selain al-Quran?
YA  /   TIDAK
Jika YA, jelaskan ................
4)      Cadangan bayaran bagi setiap sesi pengajian al-Quran
RM50  /  RM60  /  RM70
5)      Cadangan tempat belajar yang anda mahukan
Rumah belajar  /  rumah guru  /  kelas

HASIL SOAL SELIDIK
Melalui kajian soal selidik yang kami jalankan kepada 30 orang responden, kami berhasil mendapat peratusan maklum balas daripada responden sebagaimana berikut: 


-80% daripada responden pernah mengikuti kelas pengajian al-Quran sebelum ini manakala 20% lagi tidak pernah mengikutinya.
-80% daripada responden berminat untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran dengan masa yang fleksibel. 20% lagi tidak berminat.
-seramai 80% responden berminat untuk mempelbagaikan perkhidmatan selain al-Quran seperti pengajian tauhid dan feqah manakala selebihnya tidak berminat.
-kebanyakan responden iaitu 75% daripadanya bersetuju dengan bayaran RM50 bagi setiap sesi pengajian al-Quran. 15% responden bersetuju dengan bayaran RM60 manakala 10% lagi bersetuju dengan jumlah bayaran tertinggi iaitu RM70.
-70% daripada responden mahu supaya tempat belajar diadakan di kelas, 15% daripadanya menginginkan untuk belajar dirumah guru manakal 15% yang terakhir berminat untuk belajar dirumah pelajar sendiri.

No comments:

Post a Comment